..

..
Archive for March 2013

default

Terkini ! Laporan polis untuk pemimpin Pas hina Nabi Muhamad SAW

on Sunday, March 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat terperinci seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya Rabu lalu.


 Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.


Irwan Fahmi yang ditemui selepas itu berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.


Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara. "

Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka (Pas) benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap ,'" katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini.


 Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi Rabu lalu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut:


"Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."


 Tindakan pemimpin tersebut dikecam pelbagai pihak termasuk ahli agama di negara ini. -Utusan -

default

Gempar ! Puteri Jacel Kiram ada hubungan dengan Anwar ?? #Lahadatu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






 Rakan  blogger  Gelombang Wangsa Maju hari ini membongkarkan hubungan antara  anak perempuan Kiram  III dengan Anwar Ibrahim.





Hubungan ini melalui media sosial twitter di mana Jacel Kiram ini menjadi follower kepada twitter  Anwar Ibrahim. Timbul 1001 persoalan apa yang tersirat disebalik tindakan anak ketua pengganas ini menjadi rakan twitter ketua pembangkang Malaysia.

Mengapa Jacel berminat menjadi follower Anwar ? Apa yang istimewanya Bang Non di mata Jacel ?

Adakah sebab Anwar ini sekutu mereka sepertimana NurMisuari yang terang2 antara  dalang pencerobohan ?


Atau Jacel dijanjikan sesuatu dan boleh menjadi Puteri jika Sabah diberi kuasa atonomi kepada bapanya Jamalul Kiram III?


GPB boleh menjangkakan jawapan macai2 Anwar .Antaranya seperti berikut :

" ini satu lagi bukti DSAI pemimpin yang terkenal  dan  dikenali dunia daripada Najib, anak pengganas pun jadi rakan twitternya"


" Jacel hanya jadi rakan follower bukan bermaksud ada komplot.



 twitter anak pengganas,  Jacel Kiram  baru sahaja ditubuhkan  diketika pencerobohan Lahad datu bagi menyebarkan propaganda memfitnah Pasukan keselamatan kita , tetapi mengapa Anwar yang  menjadi pilihan untuj di follownya  ?




default

Bekas tentera hina pasukan keselamatan #LahaDatu umpama kerja musuh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini 
Mohd. Said terkejut dan kecewa dengan tindakan bekas pemimpin tentera yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan semangat anggota pasukan keselamatan di Sabah.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan tidak harus dikeluarkan pada ketika angkatan tentera berjuang habis-habisan mempertahankan kedaulatan negara kerana ia umpama kerja musuh.

"Apabila angkatan tentera berjuang, kita tidak boleh lakukan apa-apa perkara yang boleh melemahkan semangat mereka.



"Ini (usaha untuk melemahkan semangat) adalah kerja musuh di mana ia dilakukan untuk meruntuhkan moral pasukan kita," katanya dalam forum Masa Depan Kita: Cabaran Keselamatan yang dianjurkan Nadi Dialog Malaysia di sini hari ini.

Seorang bekas pemimpin tentera baru-baru ini dilaporkan memperlekeh aset pertahanan negara termasuk mempersoal sama ada radar pertahanan negara berfungsi atau sebaliknya.



default

Gempar !! Tentera diganggu roh jahat pengganas Kiram di Kg Tanduo #LahaDatu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 - Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.

Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber ATM itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.

"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.

"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal,"

default

Bekas peguam Anwar mahu jumpa Saiful Bukhari minta maaf ! #sodomy #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf. Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

 Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

 "Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

 "Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

 Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

 "Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

 Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com.

default

Gambar Tentera membawa penduduk tinjau kampung mereka #Lahadatu

on Saturday, March 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Hari ini Pasukan Keselamatan iaitu Tentera & Polis telah   mengiringi penduduk kampung Tanjung Batu meninjau perkanpungan mereka yang teruk musnah kerana pencerobohan pengganas Kiram III.

Jika Kg Tanduo telah  ditutup untuk petempatan penduduk selepas ini, adakah Kg Tanjung Batu akan menerima nasib yang sama ??








Polis hari ini memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di empat daripada lima kawasan yang terjejas akibat pertempuran antara penceroboh militan dan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid berkata keempat-empat kampung itu ialah Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu, Kampung Labian dan kawasan Tanjung Bilis.

"Rancangan seterusnya ialah untuk membawa masuk semula penduduk kampung ke kediaman masing-masing dan hidup seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan kepada lapan keluarga anggota polis yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.

default

Tun M yakin BN akan catat keputusan baik # PRU13 #betternation

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

 BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

 "Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

 "Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'.


Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

 Terdahulu dalam ucapanya, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh. 

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim... tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima.

Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar," katanya.

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata, banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada Kerajaan Pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar Kerajaan Pusat.

 "Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya. - BERNAMA

default

ATM mahu beli 18 pesawat tempur moden ganti MIG -29

on Friday, March 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia, kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.



"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.

"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."

Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.

Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.

Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun.



*** tunggu lepas PRU13 dapat majoriti 2/3 Parlimen .. nak beli apa pun boleh..pembangkang nak pertikai harga pergi MAMPUS !!


default

Terkini ! Komen PKR penyebaran video aksi seks pemimpin cabang Kedah #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



PKR akan menyiasat dakwaan seorang pemimpin cawangan Kedah kononnya melakukan perbuatan tidak bermoral menerusi internet.

"Jika ada unsur salah laku, tindakan akan diambil. Saya belum lihat, tapi kita akan siasat," kata Naib Presiden PKR N. Surendren.

Beberapa imej yang dirakam seorang pemimpin melakukan aksi seks solo telah dimuat naik di beberapa blog tempatan.

Sebahagian daripada gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tanpa baju, berlatar belakangkan bendera parti.

Terdapat juga beberapa gambar lucah memaparkan lelaki berkenaan memegang kemaluannya.

The Star sebelum ini dilaporkan berkata lelaki berkenaan kemungkinan menggunakan komputer di pejabat PKR untuk berbual bersama wanita sambil melakukan perbuatan tidak senonoh.

Sebahagian daripada gambar yang dikumpul telah dimuat naik di YouTube dalam bentuk video.

Sebelum ini Badan Bertindak Anti-Penyelewengan Kedah menggesa pemimpin parti itu untuk menafikan perbuatan terbabit.

default

Guan Eng beri alasan salah taip sebab anggap rakyat bodoh ! @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Idris Haron membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang memberi alasan tersalah taip sehingga menyebabkan kos pembinaan terowong bawah tanah di Pulau Pinang berlebihan sebanyak RM2.2 bilion

Menurut Idris, sikap kepimpinan DAP yang  seringkali memberikan alasan yang remeh temeh bagi isu-isu besar seperti itu seolah-olah  menganggap bahawa rakyat di negara ini bodoh-bodoh belaka.

“Macam mana mahu memerintah Malaysia kalau asyik tersalah kira, tersalah taip? Sebelum ini, akibat tersalah kira kononnya, maka ahli jawatankuasa pusat DAP semuanya orang Cina. Hari ini, akibat tersalah taip, maka kos projek meningkat lebih RM2.2 bilion.

Untuk pengetahuan kepimpinan DAP, rakyat di negara ini sudah bijak-bijak belaka. Jadi, saya nasihatkan agar kepimpinan DAP tidak memberikan alasan-alasan yang begitu remeh temeh seolah-olah menghina kewarasan dan rasional pemikiran rakyat di negara ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Isu kos pembinaan terowong bawah tanah yang meningkat dari harga asal sebanyak RM4.08 bilion kepada RM6.3 bilion telah dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda BN, H’ng Khoon Leng,  yang mendesak  Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri supaya memberi penjelasan berkenaan hal itu.Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu seterusnya berkata, rakyat hari ini sudah mula melihat dengan jelas kelemahan dan kecuaian DAP dalam mentadbir Pulau Pinang, malah sudah mula meluat dengan alasan-alasan tidak masuk akal yang diberi untuk menutup kesilapan mereka.

“Saya yakin rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti-parti gabungan Pakatan Pembangkang, terutamanya seperti DAP yang kerap menuduh UMNO dan BN sebagai kerajaan yang mengamalkan rasuah, menipu rakyat dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang tidak benar, sedangkan hakikatnya merekalah yang bersikap seperti itu.

“Sebab itu, pemimpin DAP cuba mendoktrin pemikiran rakyat dengan mengatakan parti mereka suci bersih dari rasuah,  namun jelas akhirnya muncul juga kebenaran apabila  pendedahan rasuah termasuklah dari bekas naib Presiden DAP sendiri, Tunku Aziz.

“Begitu juga dengan pemilihan CEC yang penuh kontroversi dan dibantah oleh ramai ahli DAP sendiri. Inilah yang dikata bak pepatah Melayu, bangkai Gajah tidak dapat ditutup dengan daun pisang,” jelasnya.

Menurutnya, ini amat berbeza dengan sikap kerajaan BN yang sentiasa rasional dan waras serta tidak pernah menganggap sebagai yang terbaik, namun tetap terbukti sehingga ke hari ini dapat memberikan perkhidmatan dan membela nasib rakyat dengan semaksima yang mungkin.

“Program-program transformasi dan perlaksanaan subsidi seperti BR1M yang diberi terus kepada rakyat cukup menjadi bukti bahawa kerajaan BN hari ini sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat rakyat dan negara, di samping sentiasa mencari idea-idea baru untuk menampung segala kelemahan yang ada,” ujarnya.

default

Silap taip buktikan Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri #gulingDap

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas kerana 
begitu mudah memberikan alasan tersilap menulis angka berhubung kos pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan Guan Eng itu menunjukkan betapa bahayanya jika pakatan pembangkang yang dikuasai DAP memerintah negara.
“Cukup mudah memberi alasan.

Alasan mudah oleh DAP ini nampaknya sudah mula menjadi perkara biasa.

“Tahun lepas begitu mudah beri alasan tersilap kira kertas undi dalam pemilihan Jawatan Kerja Pusat (CEC), itu pun berlaku selepas pelbagai pihak mempertikaikan tindakan parti tersebut yang menolak wakil Melayu dalam barisan kepimpinannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


default

#PRU13 : Najib terus laung keyakinan menang majoriti 2/3 #betternation

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Keupayaan BN untuk menang majoriti 2/3 Parlimen di PRU13 semakin terserlah . Pelbagai pihak termasuk dari luar negara yakin BN akan terus menerajui negara dan Najib kekal sebagai PM.

Antara sebab yang mudah dapat kita lihat ialah keyakinan pelabur asing terhadap PM mengurus ekonomi negara, dasar-dasar tranformasi diperkenalkan .

Selain itu, semasa PRU12 , kerajaaan BN hanya kurang 8 kerusi Parlimen sahaja untuk mendapat majoriti 2/3 .


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.

Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.


Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.




 Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.


Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.


Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri.

Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik.

Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?


Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.


Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti.

Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini.

Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja.


Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.


Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan.


Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Oleh NHZ MY

default

Hero serba salah lakon aksi ranjang dengan Nora Danish !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Agak-agak la nak beri jawapan pun Rusdi Ramli  . " Serba Salah " bila lakonkan watak adegan panas di atas ranjang dengan janda cun Nora Danish .  Sepatunya dia perlu sedaq implikasinya bila buat adegan panas ini walaupun atas kehendak pengarah .

Mengapa dia tak tolak je adegan ini kalau rasa serba Salah ??  GPB tak tahu la pengarah baru ini mungkin nak bikin kontroversi filem supaya menarik orang ke panggung , jadi dibuat juga adegan ini seperti mana di Ombak Rindu antara Aaron dengan Maya .

Apa yang pasti  hero - heroin filem ini memang seronok la lakukan adegan ni ..rusdi pulak dapat memeluk Janda Hot .




default

Macai Pakatan ini heret nama Nabi untuk hentam Umno #tolakpr

on Thursday, March 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Seorang lagi macai Pakatan yang GPB boleh gelarkan  bangang juga bila berhujah. Apa tidaknya sampai sanggup jual nama Nabi Muhammad saw untuk burukkan Umno.

Adakah macai ini sedar perbuatannya satu penghinaan terhadap Islam ??

Sudah la peralat agama , kini peralat nama Rasulullah pulak untutk fitnah Umno.

default

Terkini ! Panglima Pengganas Kiram ditembak UTK di Semporna !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.


 Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

 Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.


"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


 Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut. Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya. - UTUSAN

default

Hot ! Nalakaruppan diugut tembak kerana dedah moral Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli Dewan Negara , Datuk S Nalakaruppan hari ini terpaksa membuat laporan polis berhubung satu sms ugutan bunuh yang agak keras diterimanya menerusi SMS kelmarin.

Untuk rekod, laporan polis ini merupakan kali ke 6 dibuat sejak tahun lalu selepas beliau mendedahkan banyak skandal dan salahlaku membabitkan Anwar Ibrahim


Ugutan bunuh menerusi sms ini berbunyi :

" ini amaran terakhir jika kau sentuh tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim , mesti kau mati. Aku tak nak tengok kau berceramah atau memburukkan Datuk Seri .Jangan bermain api. Aku akan tembak mulut kau sampai mati , jaga "- Berita Harian-


Nampak jelas barua-barua Anwar ini dah gelabah kebenaran  apa yang didedahkan Nalakaruppan


default

GEMPAR ! Macai PKR Permatang Pauh merayu Anwar kekal di sini bertanding !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Berita Anwar Ibrahim nak bertanding di Perak sebenarnya bagi GPB adalah gempak  untuk jentera BN . Selain itu , Anwar mahu test market sokongan macainya  di parlimen itu agar  menunjukkan taat setia tidak berbelah bagi kepada beliau .

Ini terbukti apabila semasa ceramah Wanita Pakatan di Dataran Rakyat , Penanti minggu lepas  , Cabang PKR Permatang Pauh telah membuat kejutan dengan menyerahkan memorandum rayuan kepada Nurul Izzah agar disampaikan kepada DSAI supaya  terus bertanding mem pertahankan Parlimen  Permatang Pauh.



Taat setia pencacai2 PKR di Permatang Pauh sememangya ditunggu-tunggu Anwar . Apa tidaknya semasa bacaan memorandum tu , macai2 Anwar boleh kata  " Kami sanggup menolak segala FITNAH  yang datang  demi DSAI  dan sanggup berjuang demi DSAI "

Itu lah serba sedikit bodek tahap anjing oleh macai2 PKR di Permatang Pauh pada malam itu  .



 GPB tak terkejut kalau macai2  ini sanggup bergaduh /pukul sesama Melayu  dari UMNO   ketika kempen PRU ini nanti kerana sudah bersumpah taat setia kepada Bang Non .

 Kalau Bang Non tak bertanding la di sini , boleh jadi gile meroyan agaknya  puak-puak ni  .





Desas-desus Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di kerusi selamat pembangkang di Parlimen Ipoh Timor seolah-olah tidak direstui DAP apabila tiada pemimpinnya yang menyatakan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketika pemimpin DAP mengambil sikap mengunci mulut berhubung desas-desus itu, pemimpin Pas negeri pula lebih rela Anwar bertanding di kerusi lazimnya menjadi kubu kuat Barisan Nasional seperti di Tambun, Lumut dan Bagan Datoh.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang ditanya mengenai desas-desus itu dalam satu sidang akhbarnya hari ini, enggan mengulas.
"Saya tidak mahu komen, saya hanya mahu cakap mengenai perkara ini," katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan tindakan samannya terhadap akhbar Berita Harian berhubung isu balak di Kelantan.




default

Angkara dalang ini , Kg Tanduo diharamkan untuk pentempatan #LahaDatu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





- Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan  dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.



"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar  di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan  penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin  proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas  berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. - Bernama

default

GEMPAR ! Rahsia strategi jahat PKR di hari pengundian

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau macam ni la strategi jahat PKR di hari pengundian yang mahu buat kekecohan di beberapa kawasan panas, pihak BN harus bersiap sedia . 

GPB yakin pihak Polis sudah tentu bersedia segala kemungkinan berlaku di hari pengundian ini. 



Seorang teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.
Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-
1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam
Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.
Kalau begini persediaanya, kena hati-hati.

Sumber : Gelagat Anwar



default

Nak bina terowong adalah alasan untuk jual tanah ! @dzainalabidin

on Wednesday, March 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




– Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenakan bayaran tol bagi terowong dasar laut yang mahu dibinanya adalah tidak masuk akal, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Jelas beliau, sejak dahulu Guan Eng sering bertindak dahulu dan berfikir kemudian dengan tidak memikirkan impak daripada percakapan atau kenyataan yang dibuatnya, maka jika sudah terperangkap akan menyalahkan Kerajaan Pusat dan UMNO sebagai solusinya keluar daripada masalah.
“Dari dahulu kerja Guan Eng hanya salahkan kerajaan dan UMNO. Dia sendiri sebenarnya yang suka cakap berbelit-belit. Dulu sebelum dapat memerintah di Pulau Pinang janji akan hapuskan tol Sungai Nyior tapi sampai sekarang kita masih bayar lagi di tol ini.
“Bila ditanya jawapannya tol terbabit di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kini, bila nak bina terowong dasar laut dan dikenakan tol maka bagi alasan takut dituduh sabotaj projek kerjaan Pusat. Walaupun ramai yang membantah projek ini namun Guan Eng tetap teruskan juga.
“Sebenarnya, alasan utama mengapa Guang Eng tetap mahu teruskan projek ini adalah kerana agenda utamanya ialah menjual tanah. Dulu tanah di Bayan Mutiara sehinggakan tapak masjid dan sekolah turut menjadi mangsa.
“Kemudian tanah di Taman Manggis pula dijual pada harga lebih RM1 billion sedangkan tanah ini adalah kawasan perancangan untuk pembinaan rumah mampu milik dan terkini dasar laut pula menjadi mangsa,” ujar Zainal Abidin.
Tambah beliau, walaupun projek ini merupakan pembaziran wang rakyat paling besar dan akan mengakibatkan nelayan bakal hilang mata pencarian namun kerana tamak maka ia tetap diteruskan.
“Tidak hairanlah mengapa 10,000 orang pelbagai bangsa boleh berhimpun dan membantah pentadbiran DAP kerana selama lima tahun mentadbir negeri ini, DAP gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit.
“Daripada membazir wang berbillion ringgit untuk membina terowong ini adalah lebih baik Guan Eng bina rumah mampu milik untuk rakyat.
“Seperkara lagi yang boleh dipertikaikan adalah mengapa umumkan projek ini secara tergesa-gesa ketika pilihan raya sudah terlalu hampir. Ini semua adalah agenda politik kotor DAP yang hanya mementingkan diri mereka dan menjadikan rakyat sebagai korban,” terangnya lagi.
Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar atas alasan bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri. – MediaUMNO.

default

Najib calon yang sesuai untuk tadbir Malaysia - Tun M

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi, Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Menjawab soalan, bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas "



default

Hot ! PKR keluar fatwa samakan fitnah Anwar seperti Nabi Yusuf !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selalunya  Pas guna agama untuk politik , hari ini PKR pulak  yang semakin terdesak pertahankan bosnya telah menyamakan Anwar dengan Nabi Yusuf yang difitnah seks.

GPB tak tahu la  apa yang menjadi persamaan antara Anwar dengan Nabi Yusuf seperti yang dihujahkan Saifuddin . Kalau betul Anwar bersih dan suci daripada segala isu moral ini, mengapa tak bersumpah saja ikut cara Islam.

Mengapa hanya Papa Gomo yang disaman dan Datuk Eskay yang menayangkan video seks dengan china doll terlepas ?




Pagi tadi Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR.  

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Saifuddin.

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan  untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Saifuddin bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong hujah bahawa video yang dimaksudkan adalah manipulasi imej digital.

“Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah,” kata Saifuddin.

Sejak beberapa hari lalu, ibu pejabat PKR mengadakan sidang akhbar untuk melempar pelbagai tuduhan terhadap blogger Papagomo selepas blog itu menunjukkan sedutan video membabitkan aksi seorang lelaki mirip Anwar.

Menurut Papagomo, rakaman penuh video itu akan menunjukkan lelaki berkenaan meliwat seorang  mahasiswa dari Sabah yang kemudian diberikan upah RM300.

Anwar sudah pun menfailkan saman RM100 juta terhadap Papagomo namun blogger itu bertegas mendedahkan video berkenaan.

Anwar dan pimpinan PKR sebelum ini menolak video-video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu sebagai fitnah jahat Umno.

Pada tahun 2011, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenakan denda terhadap tiga orang termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana menayangkan sebuah video seks kepada orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh itu mendakwa pelaku seks dengan pelacur Cina dalam video itu adalah Anwar.

Pada sidang mahkamah itu, dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengemukakan laporan  bahawa rakaman video itu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang “tampering”

Sumber : antara pos



default

Najib tak bubar Parlimen untuk gagalkan taktik pembangkang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





HARI ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran Dun. Dun juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini.

Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan Dun. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan Dun. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008.

Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.

Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.

Hakikatnya, hak untuk membubarkan Dun Selangor terletak kepada Menteri Besar dan Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena0mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.

Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.

Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.

Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.

Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan persekutuan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.

Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.
 

Mengapa Najib belum membubarkan Parlimen?

Soalan ini agak sukar untuk dijawab.

Hanya ALLAH dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.

Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan dua pertiga. Untuk mendapat kemenangan dua pertiga agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.

Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.

Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran Dun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara.

Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.

Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?

Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui.


* Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.