..

..
Archive for January 2013

default

Hot ! Betina DAP meroyan iklan BN di KTM Komuter !

on Thursday, January 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB seronok melihat meroyannya betina  chauvinis  DAP Hannah Yeoh   bila iklan gambar &  video berbayar oleh BN Selangor di iklankan di dalam  komuter ECS  KTMB .

Apa masalahnya ??  ....  BN bayar la bukan  letak situ free  . Ini salah satu teknik pemasaran /marketing yang baik  ..ingat bisnes je ke , politik pun guna juga ...

DUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh juga berkata beliau ada mendengar rungutan pengguna berhubung paparan iklan tersebut.

"KTM perlu segera mengeluarkan jumlah bayaran (yang dibuat oleh BN). Kalau beri kepada BN, sepatutnya diberi juga kepada parti lain.

"Kalau mengabaikan perkara ini (umum harga iklan), berhenti caj pengguna. Ini tidak adil sebab ini negara demokrasi. 

"Rakyat beli tiket, bukan semua pengguna mahu mendengar propaganda BN," kata Hannah dalam sidang media di pejabatnya pagi ini.






Ooo hang bengang pasal DAP  nak minta letak iklan  tak dapat ke ??

Itu hak  KTMB & kerajaan la , apa hal DAP nak menyibuk pulak ?? Sekarang sapa yang memerintah ??

Kalau DAP memerintah pun , ingat nak bagi juga ka ?? Nak guna dewan-dewan untuk ceramah   di P.Pinang pun tak bagi . Ini hang nak meroyan pasal nak letak iklan di komuter pulak ..kah kah kah ..bodoh !


" Bukan semua pengguna mahu dengar propaganda BN " ...itu tajuk meloyakini letak untuk kasi panas ini berita ...




GPB nak jawab senang je ..kat Selangor & Penang  bukan main lagi billboard sebesar-besar tunjuk muka MB , Ketua Menteri penipu , Exco2 dengan macam propaganda lagi .

 GPB pun  nak cakap juga " bukan semua rakyat mahu tengok propaganda Pakatan " 

Jadi , kalau pencacai2 DAP & Pakatan rasa   tak mahu dengar video BN  tu bila naik Komuter kerajaan ..tak payah dengar  seperti mana rakyat lain  meluat tengok banner gampang  PR.





default

Hot ! Pakatan dalang demontrasi di pejabat JPN P.Pinang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut.

Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road.

NONEKumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN.

Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu.

"Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran.

Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!"



Ancaman ditangkap 

Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka.

Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar).

Terdapat juga beberapa individu dengan IC hijau menyertai 
perhimpunan tersebut.
Selepas pemimpin Pakatan berunding dengan pihak polis, kumpulan itu dibenarkan memasuki ke bangunan tersebut.

Mereka duduk di lobi dan menunggu untuk tindakan selanjutnya dari JPN.

Terdahulu, perarakan sejauhj 100 meter tidak mengganggu aliran trafik kerana polis dan anggota unit rondaan sukarela membantu mengawal lalulintas.Mereka membawa sepanduk dengan slogan 'duduk' dan 'bantah' serta melaungkan "Hidup rakyat".




Komen GPB 

Ni apa kejadahnya   buat demo depan pejabat JPN .. nak buat apa-apa urusan pun ikut prosedur dan peraturan la .

Ini tidak mai ramai2  untuk buat kecoh . Bila tak boleh masuk salahkan pihak polis sabotaj . Ini kerana dalangnya pun mai iaitu geng PKR diketuai Surendran dan Latipah Koya .

Sebelum ini mereka  mendakwa 300 ribu kaum India tiada lagi Mykad tapi bila diminta bukti tak diberikan . Walhal tidak sampai angka itu jika kita melihat kepada bukti gambar di bawah ini .



Mereka hanya mahu memperbesarkan isu ini bagi menarik sokongan kaum India P.Pinang. Ini berikutan dah ramai kaum India di negeri ini dah kembali menyokong BN .




default

Hot ! Mahfuz Bean kantoi dedah surat JPN yang palsu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



PAS kantoi lagi menipu & fitnah .. surat yang Mahfuz Bean dedahkan rupa-rupanya PALSU !  

Entah mana dia kutip surat itu dan tiba-tiba dipolitikkan untuk memburukkan  JPN & kerajaan Malaysia . GPB desak JPN bukan sahaja membuat laporan polis terhadap Mahfuz malah menyaman terus kerana menipu & memfitnah kerajaan . 



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

 "Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu. "Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu.

Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya. Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini.  

Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara. Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.





Pas menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isi kandungan surat jabatan itu berhubung arahan mengembalikan semua kad pengenalan dan MyKid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Keningau sebelum dihantar ke agensi tersebut.

Salinan surat tersebut diterima sendiri oleh Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar seminggu lalu oleh pihak tertentu.

Mahfuz berkata, JPN perlu memberi penjelasan kerana berdasarkan maklumat surat tersebut terdapat keraguan berhubung prosedur sebenar bagaimana pelupusan kad pengenalan dibuat di negara ini.

"Perkara yang meragukan adalah arahan kepada semua pengarah bahagian, negeri dan ketua jabatan JPN daerah/daerah kecil adalah untuk menghantar kad pengenalan dan mykid ini terlebih dahulu ke Keningau, Sabah sebelum ke JPN.

"Ini kerana juruaudit JPN sedang berada di Keningau," katanya yang membacakan isi kandungan surat bertarikh 14 Disember 2012, dalam sidang media, di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

default

Kerap bersama PM punca Nasha dipecat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Keputusan Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada menganggotai Majlis Syura adalah disebabkan beliau dilihat kerap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau percaya Nasharudin disingkirkan ekoran Ahli Parlimen Bachok berkenaan mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri melawat Gaza baru–baru ini.

“Beginilah cara mereka, perkara macam ini pun terus buat keputusan pecat. Ini cara politik mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Jelajah Anak Malaysia di Putrajaya, semalam.

Ahli Parlimen Putrajaya itu merasmikan siri jelajah tersebut yang bermula semalam dan akan berakhir sehingga 16 Februari depan.

Dalam ucapan pada majlis tersebut Tengku Adnan berkata, bantuan generasi muda sangat diperlukan dalam usaha kerajaan mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang.

Caranya ialah mengelakkan diri daripada termakan politik dan fitnah daripada pembangkang.

“Pada masa sama generasi muda perlu berusaha mencari fakta sebenar terhadap kerajaan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah, fitnah dan politik putar belit mereka.

“Contohnya kalau persepsi mereka (pembangkang) kerajaan hari ini korup. Katakanlah saya ini korup. Persilakan lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Berhubung keengganan pihak pembangkang menghantar nama calon untuk tapisan SPRM Tengku Adnan berkata, beliau menganggapnya sebagai salah satu komplot pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN

default

Hot ! Guan Eng main sentimen agama, politikkan Penang Run 2013 @bnpenang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Jangan politikkan isu Penang Run 2013 yang diadakan pada tarikh yang sama dengan perayaan Thaipusam.

Untuk itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar mendakwa penganjur tidak menghormati masyarakat Hindu dari menyertai larian itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng tidak seharusnya mempolitikkan semua isu dalam mencapai matlamat politiknya dengan mendakwa Penang Run menghalang kaum Hindu menyertainya.



"Larian itu dianjurkan jauh dari lokasi Thaipusam. Ia tidak ada kaitan satu sama lain tetapi isu itu masih dipolitikkan.

"Apa yang mengejutkan ialah 'orang dia' sendiri pun ambil bahagian, apa Guan Eng nak cakap," katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR), di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Ling, di sini, semalam.

Berdasarkan laporan dari Malaysia Insider, adik bongsu Ketua Menteri itu sendiri yang juga seorang pakar kardiologi, Dr Lim Guan Choon, adalah seorang daripada 3,200 peserta yang menyertai larian itu di Stadium Universiti Sains Malaysia, pada 27 Januari lalu.

Chang Yeow turut mempersoalkan Guan Eng kenapa tidak mengkritik tindakan  Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut hari jadinya ke-82 di rumah Karpal Singh di Jalan Scotland,  lokasinya sangat dekat dengan perayaan Thaipusam.

"Mengapa Sayap Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak membantah sambutan hari jadi Nik Aziz dan juga ceramahnya di Bayan Baru pada hari Thaipusam?

"Lain kali, Guan Eng diminta supaya tidak mengambil kesempatan dalam mempolitikkan semua isu," katanya.

Sebelum itu, Chang Yeow menyampaikan insentif RM200 dengan sijil penghargaan dan cenderamata kepada 381 pelajar berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan dari 14 sekolah dari Daerah Timur Laut.

Insentif julung kali diberikan BN negeri  berjumlah RM475,200 kepada 2,376 pelajar cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di seluruh negeri adalah sumbangan beberapa agensi swasta dan perniagaan di negeri ini.

default

Hot! Gambar yang buat puak Pas tak senang duduk..

by Keris Pusaka
 - 3 Comments




Gambar di atas menunjukkan keakraban antara Presiden JATI Dr Hassan Ali dengan bekas Ahli Majlis Syura Pas Ustaz Nasha dalam satu majlis di Masjid Negara.

Walaupun mereka dihina dan dipecat oleh parti sendiri kerana pertahankan kesucian Islam dan perpaduan ummah, Insyallah dengan bergabungnya kembali rakan karib ini kekuatan perjuangan mereka semakin kuat.


Published with Blogger-droid v2.0.10

default

Hot ! Kajian 63 % mahasiswa yakin BN menang PRU 13 !!

on Wednesday, January 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya umum  ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini.
   
Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
   
Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.
   
Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
   
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Selain itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
   
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di sini hari ini.
   
Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi
Parlimen.
   
Menurutnya hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan medium pilihan untuk mengakses maklumat politik. - Bernama

default

Terkini !! DUN Selangor akan dibubar selepas Chap Goh Mei !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Kerajaan negeri Selangor akan mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari ini.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembubaran DUN Selangor tersebut akan tetap dibuat meskipun ketika itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pembubaran Parlimen.


“Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN serentak sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh sambutan Chap Goh Mei," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Tarikh akhir mandat DUN Selangor adalah pada 22 April ini dan pembubaran akan berlaku secara automatik sekiranya masih tiada pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat sehingga tarikh tersebut.

Tahun lalu, pentadbiran Abdul Khalid mengambil pendirian mengumumkan pembubaran DUN secara berasingan sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal. - UTUSAN

default

Kantoi ! Pencacai Pakatan cakap ini kursus perkahwinan ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jangan terkejut dengan tindakan pencacai2 Pakatan ini yang sanggup menipu & berbohong bahawa gambar gadis Melayu Islam  di dalam gereja di Ipoh sebenarnya adalah peserta kursus pra perkahwinan .

Dr Hassan Ali dah pernah cakap puak-puak  ini kalau boleh mereka tak mahu percaya langsung gejala-gejala murtad ini berlaku .

Itu yang sanggup pi edit gambar dengan buang salib dan kata ini adalah kursus pra perkahwinan bagi menuduh blogger & cybertroopers UMNO menipu .







Persoalannya , kalau betul tempat itu kursus perkahwinan ..mengapa rostrum /meja berucap terpampang jelas SALIB ??  Apa cerita ni kursus kahwin guna meja berucap tertera salib ?? Atau terlupa nak padam lambang tu ..hahaha..

Yang best tu , sejak bila kursus perkahwinan ada piano dalam dewan ....nak kena menyanyi ke ??..hahaha

Lagi musykil tentang penipuan pencacai Pakatan untuk cover PAS ..baca di bawah ni ..




*** Nasihat GPB ..nak menipu tu bagi nampak real sikit . letak  ketayap ke bagi nampak ini adalah  kursus perkahwinan sebenar ..hahahaha

default

Hot ! Bodek tahap gaban Mujahid kepada Guan Eng !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


"Tiada Guan Eng ,  tiada lah bantuan kepada sekolah-sekolah di P.Pinang ".. inikah yang dimaksudkan pembodek tegar tokong DAP ini iaitu Mujahid PAS.

Cukup -cukup la nak bodek tokong ini sampai tahap  merayu orang Melayu sokong Guan Eng untuk survival sekolah dan anak-anak kita.

Awat selama lebih 50 tahun kerajaan BN memerintah negara dan negeri ini  , sekolah-sekolah  terutama SAR ini terabai ke sampai ada yang tak boleh mengaji ? Walhal  jutaan ringgit diperuntukan kerajaan BN untuk sekolah -sekolah termasuk persendirian .

GPB ingin tanya Mujahid  , kalau betul Guan Eng cakna bantu sekolah2 ... tolong tunjuk dan buktikan di mana  sebuah sekolah SAR baru dibina kerajaan DAP selepas  5 tahun memerintah P.Pinang ??


Di bawah ini ialah fakta bukan auta bahawa kerajaan BN tidak pernah mengabaikan pembangunan pelajaran & pendidikan agama walaupun negeri itu ditadbir pembangkang seperti P.Pinang .







Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pembangunan pelajaran termasuk pendidikan agama walaupun di negeri-negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang seperti Selangor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

 Bagi SABK di seluruh negara pula, Muhyiddin berkata sejumlah RM120.77 juta diperuntukkan sebagai belanja pengurusan dan daripada jumlah itu, RM29.27 juta diperuntukkan bagi SABK di Selangor yang berjumlah 23 buah dengan jumlah pelajar 15,586 orang. 

Beliau berkata sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan sebagai bantuan untuk SAR seluruh negara dalam Bajet 2011 di mana RM9.6 juta diperuntukkan bagi Selangor. 

Bantuan itu akan digunakan bagi kursus untuk guru-guru SAR, pembinaan dan pembaikan kecil SAR, katanya. Beliau berkata ilmu adalah asas bagi seseorang itu untuk mendapatkan bukan sahaja kejayaan di dunia bahkan juga di akhirat.

 Muhyiddin berkata kerajaan persekutuan mengutamakan pembangunan pendidikan untuk rakyatnya di mana 26 peratus daripada bajet negara adalah dikhaskan bagi pendidikan. 

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pula, kementeriannya telah mencapai sasaran dengan menggiatkan pendidikan di peringkat awal iaitu prasekolah di mana kini hampir 700,000 kanak-kanak mengikuti kelas ini setahun, katanya. Muhyiddin berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kementeriannya dan kementerian yang lain perlu membuka mata dan turun padang bagi melihat sendiri kejayaan kerajaan dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). 

default

Hot ! 15 ribu wanita hadir dengar ceramah Mak Lampir di Seberang Jaya !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Wow ! 15 ribu beb yang dijangka mai semata-mata  untuk dengar ceramah kebangkitan Mak Lampir Zuraida di Seberang Jaya lusa ini 1 Februari  . Ini yang ditarget oleh Mansor Othman dan beliau berjanji akan mengangkut ramai wanita di P.Pinang untuk turun malam itu . KLIK DI SINI

Boleh ke Mansor kumpul 15 ribu ?? Kalau tak dapat ..malu lagi Anwar kat orang Prmtg Pauh ..hahaha





Antara penceramah wanita Pakatan yang akan berucap pada malam tu selain Mak Lampir ialah  Bawani "Listen "  yang semakin meningkat naik dalam Pakatan .

Himpunan diadakan untuk kononnya untuk beri keafahaman mengenai agenda wanita tetapi sebenarnya untuk tunjuk kekuatan Pakatan .

Cuma jangan terkejut nanti yang akan ramai mai bukan wanita pun tapi geng Kopiah Putih PAS. .. mana tau ko ada lagi tarian K Pop ke sebelum ceramah lagi ..hahaha



default

Hot! Ketua Dewan Ulama bakal dipecat Pas seperti Nasha ??

on Tuesday, January 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. - Bernama

default

Hot ! Kit Siang kurang ajar , politikkan kematian Willian Yau Zhen !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa Malaysia tidak selamat untuk kanak-kanak seperti William Yau Zhen Zhong, 6, disifatkan sebagai biadab.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tuduhan melampau itu tidak seharusnya dikeluarkan oleh seseorang yang berpengalaman dalam politik seperti Kit Siang.

"Saya amat kurang senang apabila diberitahu Lim Kit Siang menuduh UMNO dan BN tidak menjaga keselamatan kanak-kanak.

"Perkara ini berlaku di Selangor, sepatutnya yang dipersalahkan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan Pengerusi Keselamatan negeri itu, bagaimanapun kita tidak mahu menuduh beliau.

"Tetapi apabila Kit Siang yang merupakan ahli politik senior membuat tuduhan sebegitu, ini sesuatu yang tidak baik, tuduhan yang amat kurang ajar," ujarnya.

default

Pemimpin PAS mengaku banglo ada lif itu miliknya !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab  kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di  shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.

default

Hot ! Komen berapi Dr Hassan Ali tentang pemecatan Nasha

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan pemecatan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sebagai tidak memeranjatkan.

Kata beliau, tanda-tanda pemecatan tersebut jelas ditunjukkan oleh PAS sejak dari awal kelantangan Nasharudin menegur parti itu dan yang terbaru sekali lagi melihat keterlibatan bekas Timbalan Presiden PAS itu dengan program kerajaan.

"Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ustaz Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

"Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Hasan berkata keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini menjadikan parasit parti dan Anwarinas yang telah lama mencari peluang untuk menjatuhkan Nasharudin dapat menarik nafas panjang kerana selama ini cita-cita mereka dihalang oleh kedudukan Nasharudin dalam badan itu.

Malah kata beliau, kedudukan Nasharudin kini yang hanya kekal sebagai ahli PAS bakal menjadikannya menerima nasib yang sama seperti Hasan sendiri, iaitu dipecat dari parti.

"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.

"Kedudukan Ustaz Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor," ujarnya.

default

Hot ! Guan Eng malu besar adiknya sendiri sertai ' Penang Run "

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Tokong DAP pasti malu besar kali ini !!  

Apa tidaknya adiknya sendiri sertai Larian Penang /Penang Run 2013  yang kuat  dihentam  Guan Eng kerana menggunakan nama ' Penang " yang mana perlu mendapat kebenaran kerajaan DAP terlebih dahulu .

Ini membuktikan nama " Penang " bukan milik Guan Eng & DAP tetapi rakyat P.Pinang .



Guan Eng’s brother surprise participant at Penang Run
The Penang Run 2013 yesterday, which drew criticism from Chief Minister Lim Guan Eng, saw a surprise participant — his younger brother, consultant cardiologist Dr Lim Guan Choon.

According to a report in The Star, Dr Lim was spotted among the 3,200 participants at the Universiti Sains Malaysia stadium at about 7.30am before the prize-giving ceremony. 

He declined to say anything to reporters.Guan Eng had caused controversy when he reportedly suggested that any organiser who wants to use the word “Penang” for an event must seek approval from his administration.

default

Hot ! Peguam dedah ada agenda Kristian guna kalimah Allah !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Peguam Mohd Naser Disa menganggap propaganda gereja meletakkan ‘Allah’ sekadar istilah terjemahan sahaja adalah agenda yang bahaya kerana ia akan meletakkan penganut Islam ke lembah kesyirikan.





“Tuntutan mereka di mahkamah itu pun, mereka menggunakan, asas mereka berkata dalam bahasa Melayu, terjemahan kepada perkataan God adalah Allah. Ini pun tak betul. 

Cari dalam kamus mana pun, perkataan God terjemahannya adalah Tuhan bukannya Allah. Allah ini bukannya terjemahan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Bukan juga terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

“Jadi sekarang Tuan-tuan, saya nak bagitahu, sesiapa yang bersetuju orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah ini, sebenarnya seolah-olah kita bersetuju dan kita redha dengan pandangan mereka bahawa perkataan Allah ini adalah sekadar terjemahan.


“Tuan-tuan beriman dengan terjemahan? Siapa yang beriman dengan terjemahan, sebab itu saya rasa inilah asas kenapa Dr. Harun Din kata berhati-hati, ia boleh membawa kepada syirik.

“Kita bukan beriman dengan terjemahan. Kita beriman dengan Allah kerana Allah adalah nama khas. Kita sebut Bismallahirahmanirrahim…bismillah dengan nama Allah. Allah adalah nama khas bagi Tuhan, dia bukan umum yang bermaksud sama erti dengan Tuhan.

“Mereka nak gunakan dalam Herald itu adalah sebagai terjemahan. Jadi maknanya, satu hari nanti… sekarang pun orang Islam ini hanya beriman dengan “konsep terjemahan”. Bukannya satu nama zat Allah itu sendiri,” katanya pada “Forum Polemik Isu Kalimah Allah”, Auditorium UIAM, Gombak, anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), 20 Januari 2013.


Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur membuat permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi setelah majalah mingguan, Herald Catholic Weekly dikenakan syarat larangan penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam terbitan mereka.

“Profesor Syed Naquib pernah berdebat dengan mereka ini ketika beliau di ISTAC dan beliau telah menjelaskan bahawa Kalimah Allah tidak dapat digunakan oleh umat Kristian kerana mereka tidak menyifatinya sebagai semestinya.

“Mereka nak gunakan itu sebagai istilah terjemahan. Syed Naquib kata, itu pun tak boleh. Kerana apa, kerana mereka tidak menyifati, mereka tidak mengiktiraf sifat-sifat Allah ini dengan sebenarnya.

“Saya melihat di sini implikasinya. Implikasi kepada salah penggunaan ini adalah mereka akan menganggapkan bahawa apa saja yang mereka sembah itu adalah Allah. Ini implikasinya.

Ada setengah orang tak nampak. Kita kata, kita nak berdakwah kepada mereka, mereka nak gunakan nama Allah, baguslah. Mereka nak menganggap Allah itu sebagai Tuhan. Itu bukan situasinya. Silap orang kata ni.

“Kita ghairah nak berdakwah kepada mereka. Mereka bukan nak menganggap Allah itu Tuhan. Mereka nak menganggap bahawa Tuhan-tuhan mereka itu adalah Allah. Itu keadaannya.”

Menurutnya, jika mahkamah membenarkan terjemahan Tuhan kepada Allah akan menyebabkan semua tuhan-tuhan termasuk Jesus, Mary dan berhala-berhala boleh dianggap sebagai ‘Allah’.
“Allah apa, ikut suka depa lah. Hak tepi jalan hak pokok-pokok depa ikat dengan tali kuning itu, itu pun mereka letakkan sebagai Allah. Itu implikasinya.

“Kerana Allah ini hanyalah sekadar makna terjemahan, terjemahan kepada perkataan ‘God’ ataupun sama erti dengan perkataan Tuhan. Ini bahaya. Tuan-tuan dan Puan-puan bayangkan, kalau begitu keadaannya, mereka menganggap Tuhan kita begitu hina digunakan begitu, apa akan jadi kepada orang Islam?”.

Selain itu, peguam Naser Disa turut mempersoalkan kenapa tuntutan Allah dibuat pada tahun 2009, ketika pakatan pembangkang menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah serta dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas).

“Bukti yang mereka gunakan nak support tuntutan mereka very bad. Dia kata, orang Kristian di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan, lama meggunakan istilah Allah ini. Itu yang dia orang dakwa. (Tetapi) Bukti tak ada.

“Mereka hanya mengemukakan satu terjemahan yang dibuat oleh Munshi Abdullah terhadap kitab Bible ini. Munshi Abdullah sorang saja yang menggantikan perkataan God itu kepada perkataan Allah. Itu dah berapa ratus tahun lalu.

“Mereka kata, menunjukkan bahawa memang mereka selepas daripada Munshi Abdullah terjemah itu, mereka gunakan istilah Allah, (tetapi hakikat sebenarnya) tak ada.

“Malah kalau tuan-tuan ingat tahun 1970-an, 80-an, kalaulah ungkapan Allah ini, ungkapan yang berunsurkan Islam digunakan, mereka akan bangkit, mereka akan menentang, mereka akan kutuk kita kerana tidak memberikan hak kebebasan beragama. Itu dulu. 
“Tapi apabila sekarang ini mereka melihat cara ataupun strategi mengelirukan umat Islam ini berjaya di Indonesia, sekarang mereka sudah mula nak guna sebab di Indonesia telah berjaya. Dan saya percaya yang di Sarawak itu pun sebenarnya berasaskan kepada apa yang telah dibuat oleh rakan-rakan Kristian mereka di Indonesia. Buku-buku itu dibawa masuk. SIB, Sidang Injil Borneo bawa masuk buku-buku daripada Indonesia. Itu sahaja hujah mereka”.

Tentang pendirian seorang bekas Mufti yang menyokong ‘Allah’ kepada Kristian, Naser Disa berkata beliau bukan berlatarbelakangkan perundangan untuk memahami secara mendalam tentang perlembagaan.
“Jadi, saya nak beri nasihat kepada tak kiralah bekas Mufti ke, Professor Madya ke apa ke, tak payah nak tunjuk atau kata seolah-olah awak adalah lebih baik atau pemikiran awak lebih cekap, kerana undang-undang sudah ada. Hanya awak yang tak tahu. Kalau awak tak tahu, awak cuba belajar.

“Walaupun awak professor, walaupun awak bekas Mufti, di Perlis pun sudah ada undang-undang itu. awak tidak boleh dalam masa sama ketika bertugas sebagai Mufti, awak dakwa, oh undang-undang itu tak dikuatkuasa, tak boleh guna.

“Bila awak dah jadi bekas atau mantan Mufti, awak dakwa (pula) oh mereka pun ada kebebasan. Mereka boleh guna nama Allah ketika nyanyi lagu negeri-negeri. That is not issue. Jangan cubaconfuse orang Islam.”

default

Hot ! PAS pecat Nasha bukti tak tahu beza politik & kerja amal !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh.

"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.

"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam.

"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan Pas," katanya dipetik Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik.


Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada Pas.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin," katanya di Kuala Lumpur.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

default

Video : Shukor Adan dalang pencetus pergaduhan Selangor VS ATM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kelana Jaya: Kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar menegaskan insiden pergaduhan membabitkan rakan sepasukannya dengan pemain Tentera yang meletus sejurus tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam Jumaat lalu bukan berpunca daripada Afiq Azmi.

Sebaliknya, pemain pertahanan Red Giants itu yang kini mengikuti latihan pusat bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia pantas menuding jari kepada pemain tengah The Gladiators, Shukor Adan sebagai punca bermulanya insiden malang itu.
Walaupun mengakui tindakan Afiq melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan pasukan Tentera tidak wajar, namun Asraruddin tidak mahu kesalahan itu dituding kepada sebelah pihak saja, sebaliknya ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum kejadian itu meletus.


“Afiq tidak akan provokasi kalau tak ada benda lain yang menjadi punca dan bagi saya sesuatu yang tidak logik kalau provokasi itu berlaku tanpa sebab. Saya pertahankan Afiq sebab tindakan itu dilakukannya bersebab.

“Kalau tengok daripada rakaman video perlawanan, ketika Shukur Jusoh diarahkan keluar padang oleh pengadil, apa tindakan yang dilakukan pemain tengah Tentera itu pada Shukur? - BH-

default

Hot ! Nazmi mohon maaf kepada Aidil Zafuan pasal teman wanitanya !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.



nazmi faiz


Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga status  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.
Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.
rita


Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. - SUMBER-

default

Hot! Komen Najib mengenai tindakan Nasha dipecat Pas

on Monday, January 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza."... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.

Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.

"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.

"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.

default

Hot ! Agenda Yahudi & Pluralisme agama dah berlaku di P.Pinang !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



George Town, 27 Jan 2013 - Sekumpulan 20 orang terdiri daripada ahli SUARAM, ALIRAN dan Citizen For Independent Journalism (CIJ) berhimpun di sebuah taman permainan di Padang Kota Lama dekat sini dalam satu sesi yang dinamakan “Holy Book Reading”.




Sesi yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa personaliti NGO seperti Melanie Yong, bekas Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Soh Sook Hwa, aktivitis SUARAM. Seah Ho, Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Anil Netto, Bendehari ALIRAN yang juga merupakan salah seorang penulis Herald-The Catholic Weekly. Turut kelihatan ialah seorang pelakon yang juga aktivis teater, Mislina Mustafa selain dari seorang wanita Jerman dan seorang wanita Cina mualaf.






Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kumpulan ini turut menyentuh kononnya perkataan “Allah” telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia ini. 


Mereka juga mengatakan bahawa pelaksanaan negara Islam adalah tidak elok untuk umat Islam di negara ini manakala hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor penduduk yang berbilang kaum.






Isu bible versi Bahasa Melayu juga turut disentuh di mana mereka secara berlapik mempertikaikan kenyataan seorang pemimpin Melayu yang menggesa agar bible seumpama itu dibakar.





Ketika sesi itu berlangsung, kumpulan itu turut mempamirkan beberapa plakad / risalah yang tercatat dengan perkataan, "Read it, not burn it!! We respect othet religion!!", "Tolerance and respect other are the basics of peace" dan "Holy is full of holes".






Apa yang menarik, aktiviti anjuran CIJ dengan kerjasama Penang Office Of Human Development (POHD) dan SUARAM Pulau Pinang melibatkan penganut Islam, Kristian, Hindu dan Buddha ini, kononnya dikatakan bertujuan untuk mewujudkan persefahaman serta perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pegangan agama.




Namun begitu, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi itu yang lebih tertumpu terhadap persoalan melibatkan agama Islam termasuk isu kalimah Allah yang didakwa telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia, jelas memperlihatkan kumpulan berkenaan mempunyai agenda tersembunyi ke arah menyamakan agama Islam dengan agama-agama yang lain.


 Lebih dari itu, apa yang diketengahkan boleh mengelirukan dan diyakini mempunyai niat tertentu atau setidak-tidaknya ke arah untuk “menghalalkan” penggunaan kalimah Allah dalam bible.


Inilah di antara agenda Yahudi di seluruh dunia yang amat merbahaya dan matlamat mereka amat jelas mahu menghancurkan Islam di muka bumi ini. 


Sebagaimana yang diketahui umum Yahudi akan menggunakan apa saja cara untuk menjayakan agendanya termasuk menggunakan sesiapa saja samada individu mahupun pertubuhan-pertubuhan yang telah diresapi oleh anasir-anasirnya. 

Apa yang menarik untuk diperkatakan, siapakah dan apakah kelayakan mereka yang hadir itu untuk memperkatakan serta membicarakan hal-hal berkaitan agama Islam? 

Adakah Mislina Mustafa seorang yang benar-benar berpengetahuan tinggi tentang agama Islam? Mislina Mustafa misalnya, kalau dilihat dari segi penampilan diri serta caranya berpakaian... nauzubillah.. 

Tak payahlah nak kata "don't judge the book by it cover?" Kelompok yang beginilah yang mudah menjadi alat serta diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam!


Sudah sampai masanya umat Islam perlu bersatu. Sudah sampai masanya umat Islam perlu berdepan dengan puak-puak laknatullah ini. Ketepikan persoalan remeh temeh dan pemikiran politik sempit serta jumud. Semoga kita sentiasa diredhai serta dirahmati Allah.






sumber : Tok Jen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.