..

..

WANITA PKR PUN BERANG GUAN ENG LABEL JAHARA NENEK RASIS @dzainalabidin @Jaharahamid

on Sunday, December 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamarudin menyelar tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang melabel Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Jahara Hamid sebagai seorang nenek rasis.
Zuraida berkata perkataan tersebut tidak patut dikeluarkan dari seorang Ketua Menteri kerana ini adalah perbuatan "sexism".
"Guan Eng beremosi ketika berucap sehingga terkeluar gelaran berkenaan. Lelaki perlu faham isu gender merupakan perkara sensitif. Kita tidak pernah bagi gelaran datuk kepada pemimpin lelaki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Wanita PKR negeri di sini, Sabtu.
Beliau berkata secara dasarnya perkara itu tidak seharusnya berlaku dan beliau tidak bersetuju dengan tindakan Guan Eng.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang meminta Guan Eng supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan pada masa depan.
Guan Eng menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' bila beliau dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. - BERNAMA


One Response

  1. Anonymous says:

    Sedar pun... LGE bukan pemimpin yang berwibawa. Ibarat kadok naik jumjung. Rasis cina dia tak tak nampak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.