..

..

VIDEO MENYAYAT HATI SUMBANGAN " DOKTOR PEMUDA UMNO " UNTUK PARTI @khairykj @drnovandri @dzainalabidin

on Friday, December 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Sukarelawan dan aktivis masyarakat, Dr. Novandri Hassan Basri, 45, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pergerakan Pemuda UMNO 2013 sempena perhimpunan agung UMNO.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan khususnya melibatkan hal ehwal kesihatan rakyat menerusi program Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda UMNO yang diwujudkan 12 tahun lalu.

Komitmen yang diberikan dalam kerja sukarelawan dan kemasyarakatan membuatkan beliau kini dikenali sebagai 'Doktor Pemuda UMNO' dalam kalangan masyarakat yang pernah menerima khidmatnya.



Selain itu, Dr. Novandri yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor turut menyalurkan sumbangan dalam program kemanusiaan di peringkat antarabangsa menerusi Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia.

Meskipun terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dua jarinya putus pada April lalu, beliau masih meneruskan peranannya dalam memberi sumbangan kesihatan kepada rakyat sehingga kini.



** Terharu sekali bila GPB menonton video penerima Anugerah Khas Pemuda , Dr Novandri Hassan Basri di PAU 2013 ini . Sebelum GPB aktif sebagai ahli UMNO &  blogger , beliau sudah menyumbang bakti kepada masyarakat melalui aktivit sukarelawan untuk menaikkan imej UMNO .

Sepanjang sumbangannya kepada UMNO, tragedi kemalangan ngeri ketika kempen PRU13 merupakan dugaan terbesar buat dirinya  . Segala pahit dan getir ini ditanggung dengan tabah dan hati yang cekal .  Beliau  tetap meneruskan sumbangan kesihatannya kepada masyarakat demi UMNO hingga kini . 

GPB berbangga mengenali dan mempunyai sahabat sejati seperti beliau... ..


2 Responses

  1. Anonymous says:

    MENGAPA KETUA PEMUDA UMNO KJ AMBIL REGINE LEE, BEKAS SEKUTU DAP SEBAGAI PRESS SECRETARY.
    MUNGKIN RAMAI KALANGAN UMNONTAK SEDAR PERKARA INI..

  2. Labu8455 says:

    Patutlah dia sokong KJ dalam blog "Dr MiM" sebelum pemilihan pucuk pimpinan UMNO tempoh hari. Aku dah jangka yang doktor ni pun sudah diliberalkan oleh KJ. Hmmm rupanya ada udang disebalik mee...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.