..

..

Tudia !! Dalang himpunan haram ugut nak saman POLIS jika tangkap mereka ??

on Sunday, December 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Semakin bangang politik di Malaysia ni ... orang yang nak langgar undang-undang sekarang dah berani ugut saman POLIS pulak jika tangkap mereka .


Polis harus bertindakan tegas demi ketenteraman awam dan keselamatan negara. 

GPB yakin jika tiada bukti kukuh , POLIS tidak akan menuduh SAMM terlibat sebagai dalang penganjur himpunan guling kerajaan . 





 Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

“…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.

Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katany


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Memang umno sokong harga barang naik. bodoh umno tak boleh fikir

  2. usin says:

    gerakan gila macam tu, selayaknya dilayan secara gila jugak. saman la, kalau menang ko kaya, tengok kalau sempat. pdrm bukannya bodoh (walaupun dipercayai ada kalangan anggota pdrm adalah tegar pembangkang). elok je ko turun pada 31hb. ni, ko pulak akan telan saman serta dengan taiknya sekali. bodoh bengong. dah kalah dah la...

  3. Anonymous says:

    Anon 8.10 semua kos perkhidmatan di selangir semua naik .... ko tak nak buat demo depan pejabat menteri besar selangor ke....bodo....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.