..

..

TERKINI ! LAST WARNING POLIS UNTUK 4 GENG MACAI NAK TURUN 31 DISEMBER !!

on Saturday, December 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Polis memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka di sini Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan.






"Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan. - BERNAMA


2 Responses

  1. Anonymous says:

    jangan setakat beri amaran je... cari dan tangkap je dalang2 tu... ini musti Aljuburi Laknatullah dan macai2 sial dia tu punya angkara ni... confirm taknak mengaku...mcm kes liwat dan chinadoll...

  2. Anonymous says:

    Apa beza amaran ini dengan amaran tegas kepada BERSIH 1,2,3 dan Himpunan Blackout? Tak sapa pun kena dakwa? Khalid Ismath dan Adam Adlil masih bebas lagi dan jadi status WIRA pun.

    alfie

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.