..

..

TARIF ELEKTRIK NAIK 4.99 SEN , TERIMA KASIH KERAJAAN RUMAH GPB TAK TERLIBAT KENAIKAN !!

on Monday, December 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini diumumkan kenaikan kadar purata tarif elektrik naik sebanyak 4.99 sen iaitu dari kadar semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj. 

Mesti ramai yang akan melompat marah terutaman macai PR  disebabkan kenaikan ini yang dianggap membebankan rakyat .  Tapi GPB senyum je selepas membaca kenyataan Pak Menteri ini

Selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah.

Apa yang hang pa paham ??  sebenarnya pengguna yang pakai eleketrik dengan kadar semasa 300kwj ke atas sahaja akan mengalami kenaikan ini . 

Siapa yang guna banyak kadar purata elektrik   300kwj ke atas ?  Yang pakai banyak air cond dirumah , pejabat , pasaraya , kedai  dan kilang . 

Mengapa GPB kata rumah GPB tak terlibat kenaikan ? Sebab kadar purata bulanan elektrik tak sampai pun 300 kwj . Bil bulan lepas baru je  279kwj dan tak melebihi pun 300 kwj. 

Kesimpulannya , walaupun kerajaan menaikkan tarif elektrik , tetapi masih lagi melindungi   pengguna daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana .  Malah rebat  bil elektrik RM20 ke bawah masih lagi diteruskan untuk membantu rakyat .





Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. 

Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj). 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.

Ongkili berkata, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah.

Walau bagaimanapun  Kerajaan akan terus memberikan rebat kepada pengguna dengan bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.sumber berita harian


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.