..

..

PENYELENGARAAN JALAN P.PINANG LEMAH , KERAJAAN DAP BUAT APA ? @dzainalabidin

on Tuesday, December 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan semalam mendapati program penyenggaraan jalan negeri di Pulau Pinang tidak memuaskan.  

 Audit antara Mac hingga Jun lalu itu mendapati program yang dilaksanakan oleh Pejabat Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan (JKRSPS), Pejabat Jurutera Daerah Barat Daya (JKRDBD) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai lima kelemahan.

Tidak ikut spesifikasi 

 Kerja penyenggaraan jalan tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi dan rekod Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) tidak dikemaskini.

 Kelemahan lain ialah pengurusan Kumpulan Wang Amanah Jalan Negeri Pulau Pinang tidak memuaskan dan daftar awam tidak dikemaskini.

 Antara 2010 hingga Februari 2013, kerajaan Pulau Pinang menerima geran penyenggaraan sebanyak RM199.42 juta daripada Kerajaan Pusat dan RM193.98 juta diagihkan kepada agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selain 10 peratus untuk pembayaran gaji kakitangan terbabit dengan tugas itu.

 Jalan tidak selesa 

 Sementara itu, analisis audit terhadap maklum balas pengguna mendapati 273 daripada 442 responden atau 61.8 peratus berpendapat jalan negeri dan taman yang disenggara oleh ketiga-tiga pejabat agensi itu adalah tidak selesa.

 Laporan turut menegur pelaksanaan projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana kerja yang tidak mengikut spesifikasi, Bill of Quantities (BQ) tidak disediakan dengan sempurna, kaedah penggantian tanah dasar sungai dengan batu kecil kurang berkesan dan kaedah perolehan projek mendalam dan menaik taraf Sungai Juru tidak mengikut perancangan asal.

 Kerajaan negeri menerima peruntukan RM7.37 juta antara 2010 hingga 2012 yang sehingga Disember tahun lalu, sebanyak RM7.36 juta atau 99.8 peratus sudah dibelanjakan. Antara projek yang dikesan tidak mengikut spesifikasi ialah kerja menaik taraf dan mengukuh tebing Sungai Baong dan pengukuhan tebing Sungai Machang Bubok.


One Response

  1. Anonymous says:

    adun dan ahli parliament dibayar gaji tinggi maka tiada wang untuk membaiki jalan dan sebagainya untuk rakyat.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.