..

..

PEMBELI RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH BUKIT GAMBIR KECEWA TAK DIPEDULIKAN KERAJAAN DAP ! @dzainalabidin

on Saturday, December 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Itu jawapan seorang Exco Kerajaan DAP ... bila PRU cakap mereka kerajaan berjiwa rakyat .Bila rakyat minta tolong dan terasa ditipu pemaju , mereka tak peduli dan suruh settle sendiri.

Sudah lah rumah itu ditawar oleh Pejabat Perumahan P.Pinang  ,dan kini Exco mereka lepas tangan pulak  ?? 




 Lebih 100 pembeli rumah kos sederhana rendah di Bukit Gambir di sini merayu kerajaan negeri pimpinan DAP agar campur tangan berhubung tindakan pemaju menaikkan harga lebih sekali ganda berbanding ketika ditawarkan pada 2008.

Mereka mendakwa kini terpaksa membayar antara RM160,000 dan RM180,000 berbanding harga asal RM72,500 atas alasan pemaju melakukan pengubahsuaian dalaman serta harga lot parkir.

Wakil mereka Norlida Masturo, 43, berkata dalam pertemuan dengan wakil pemaju hari ini, pembeli ditawar harga asal untuk rumah di tingkat 14, 30 dan 31, kerana unit di tingkat terbabit belum diubah suai.

"Satu tingkat cuma ada 14 unit, kami ada lebih 100 orang, mana cukup untuk semua. Tambahan pula kami tetap kena bayar untuk lot parkir yang berharga antara RM15,000 dan RM28,000," katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Norlida, mereka ditawar rumah terbabit oleh Pejabat Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Pulau Pinang selepas sekian lama mendaftar untuk memiliki rumah sendiri.

"Ada antara kami yang sudah menandatangani perjanjian dengan pemaju dan membayar pendahuluan 10 peratus, jadi mahu tak mahu terpaksa terima harga yang ditetapkan," katanya.

Projek pangsapuri 31 tingkat itu menawarkan 780 unit rumah dengan setiap unit berkeluasan 650 kaki persegi dan dijangka dapat diduduki Mac depan. 

Pembeli dimaklumkan mengenai kenaikan harga rumah terbabit menerusi surat bertarikh 29 November lepas.

Bagi menyelesaikan isu itu, pembeli menemui Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Sing Deo pada 3 Disember lalu, namun Jagdeep meminta pembeli berunding sendiri dengan pemaju. - Bernama




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.