..

..

NILAI UMAT ISLAM DI P.PINANG RM 11.17 JUTA UNTUK 2014 KERAJAAN DAP @dzainalabidin

on Tuesday, December 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB agak terkejut dengan fakta diberikan oleh kerajaan DAP mengenai peruntukan Islam pada 2014 yang lebih rendah sekali berbanding peruntukan  2012 .


  1. sesungguhnya kepentingan rakyat beragama Islam akan terus diperkasakan di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan meneruskan dasar dan program sedia ada. Untuk maksud ini, sebanyak RM11.17 juta akan diperuntukkan pada tahun 2014 di bawah peruntukan pembangunan agar institusi masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang terus kekal membangun dan berdaya saing. Ini akan melibatkan peningkatan peruntukan sebanyak 9.3% berbanding tahun 2013 iaitu RM10.22 juta. Salah satu projek yang bakal dilaksanakan ialah pembinaan dua (2) buah blok tambahan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang dianggarkan bernilai RM6 juta.

Guan Eng menyatakan pada 2012 di media termasuk Roketkini   lalu serta disebarkan oleh macai2 nya bahawa peruntukan Islam sahaja di P.Pinang adalah RM 64.03 juta !!  Sebenarnya RM 64.03 juta adalah permainan angka DAP untuk mengaburi mata macai PAS yang mana ia termasuk peruntukan pembayaran gaji JAIPP, MAIPP ,mahkamah syariah dsb.


Kali ini selepas ditolak itu , akhirnya mereka terpaksa tunjuk angka sebenar nilai peruntukan Islam iaitu hanya    tinggal RM 11.17 juta pada 2014 .

Dulu bukan main lagi macai2 bangang DAP memuji Guan Eng memartabatkan Islam dengan memberi peruntukan sampai RM64.03 juta  tapi kali tinggal RM 11.17 juta  mengapa membisu ye ?? 

 blog liang lahad ni bila nak tambah 2014 peruntukan tokong 
DAP kepada orang Islam P.Pinang .







Kalau RM 11 juta sahaja lah  peruntukan oleh Guan Eng pada 2014 ... ternyata tidak boleh  lawan la peruntukan kerajaan Persekutuan kepada pembangunan Islam di negeri ini membaiki dam membina masjid baru .

Sehingga hari ini tolong kira sat berapa masjid baru  dibina kerajaan DAP sejak berkuasa ??



RM200 juta untuk pembangunan Islam P.Pinang sejak 2008 


Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini walaupun Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan negeri.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata,

perkara berkenaan dapat dilihat berdasarkan peruntukan besar berjumlah hampir RM200 juta untuk tujuan pembangunan syiar Islam di negeri yang disalurkan sejak 2008 sehingga kini.

" Jumlah berkenaan termasuklah sebanyak RM76.2 juta bagi pembinaan 14 buah masjid baharu di seluruh negeri manakala RM130.6 juta lagi untuk pembayaran gaji guru agama Islam dan elaun pegawai agama, selain membaik pulih surau-surau yang uzur.

" Ini menunjukkan kerajaan Pusat tetap menjalankan tanggungjawab, sekali gus menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa untuk agama Islam di negeri ini," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perasmian Masjid Jamek Tasek Junjong yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Rahman bersama Zainal Abidin dan lebih 500 jemaah turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang dibina dengan kos sebanyak RM3.4 juta iaitu menggantikan masjid lama yang agak kecil dan sudah berusia lebih 100 tahun.


Masjid itu yang mula dibina pada September 2011 siap sepenuhnya awal bulan ini dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik audio, bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), selain mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa berbanding hanya 600 jemaah sebelum ini.

Sementara itu, Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, selain masjid tersebut, lapan lagi masjid telah siap dibina baharu menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

"Antaranya termasuklah Masjid Abdullah Fahim yang menelan belanja RM35 juta, Masjid Jalan Kelawai (RM2.3 juta), Masjid Farlim (RM1.1 juta), Masjid Jalan Telaga Air (RM3.8 juta), Masjid Kota Aur (RM2.5 juta), Masjid Lahar Kepar (RM2.5 juta), Masjid Tasek Gelugor (RM3 juta) dan Masjid Sungai Gelugor (RM3.26 juta)," katanya.

" Lima lagi masjid kini sedang dalam proses pembinaan pula ialah Masjid Teluk Kumbar (RM5 juta), Masjid Simpang Tiga (RM4 juta), Masjid Sungai Acheh (RM5 juta), Masjid Lahar Tabut (RM2.4 juta) dan Masjid Timah Kampung Belah Dua (RM2.93 juta)," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.