..

..

NENEK RASIS : GUAN ENG BAKAL DISAMAN JIKA TAK MOHON MAAF @dzainalabidin

on Tuesday, December 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberikan tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid dengan panggilan 'nenek rasis' pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, sekiranya beliau gagal memohon maaf kepadanya.
"Beliau (Lim) menuduh saya membangkitkan porpaganda perkauman dan memanggil saya '1,000 kali jahat, pemfitnah dan seorang nenek pembohong.
"Ini satu serangan peribadi yang sangat serius terhadap saya dan ia memberi kesan kepada maruah saya sebagai wanita dan ketua pembangkang.
"Kenyataan saya mengenai isu yang saya ketengahkan dalam sidang DUN telah diputar belit dengan sengaja untuk mencipta kekeliruan dikalangan rakyat," katanya.
Jahara turut menggesa Lim menilai semula semua faktanya secara teliti, rasional dan positif.
Sementara itu, Setiuasaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan berkata Lim tidak dapat mengulas mengenai isu berkenaan kerana pada ketika ini beliau berada di luar negara


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.