..

..

@NajibRazak JAWAB TUDUHAN KERAJAAN TAK PRIHATIN SEBAB KENAIKAN TOL & ELEKTRIK

on Friday, December 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

"Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya," kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini hari ini.

Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

"Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan) yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini) semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan)," kata Najib.

Perdana Menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. - BERNAMA



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Cuba jawab dulu betul ke kerajaan bayar 7.2b utk bayar para consultant? Utk apa? Agenda memperkasa ekonomi bumiputra yg dilancar sept lepas apa perkembangan? Talentcorp-berapa ramai yg dibawa balik dan berapa ramai melayu? Apa bidang mereka? Betulke tak da talent dlm negara utk jawatan mereka tu semua? Penyertaan pekerja bumiputra di peringkat pengurusan disektor swasta setakat mana? Byk lagi persoalan yg belum terjawab. Ahli MT umno semua penakut nak perjuangkan hak org melayu. Sia sia je pilih dia org ni jadi pemimpin. Dia org dah kaya apa nak kisah hal rakyat kan...

  2. PASial says:

    Prihatin? sampai biar TNB keparat tu cekau darah rakyat mudah2?
    Contoh ni mcm mana TNB tipu pengguna termasuk AKU!!!
    Celaka TNB
    Cer tgk muka CEO TNB.. Muka CEO PlayBoy !!mcm HARAM JADAH!


    yg selama ni tipu pengguna dgn perniagaan tipu!! Umah aku dh dekat 2 bulan TNB tk hantar bil! bila datang bil tk pasal2 aku kena bayar accumulation KWH beratus2 units yg akan melangkau sehingga 3rd tariff.. so maknanya aku akan bayar berganda berbanding jika TNB dtg sebulan sekali atau 25 hari sekali mase zaman LLN dlu! pengumpulan tarif sehigga 2 bulan TNB akan calculate mcm sebulan punya kaedah.

    200 KWH unit pertama-tarif pertama mngkin 15 sen/ KWH, seterusnya 25 sen dan ke-3 mgkin 35 sen (contoh) cara pengiraan. Jika 1 bulan pakai mungkin 350KWH jadi akan terpakai hanya tarif pertama & kedua. Tp bayangkan kika dihimpun 2 bulan= 700KWH purata.. bape aku kena bayar? bil aku akan di kira byk pd tarif tertinggi ke -3!!
    SIAL TNB!!

  3. Anonymous says:

    dulu sebelum election dia juga yang cakap toll tak kan naik (ada dlm manifesto) rakyat marhaen akan didahulukan (manifesto no 1 BN) tp lps menang apa jadi...semua nya naik...janji ditepati apa klu mcm ni...tak mustahil BN akan tumbang dlm pru 14 klu ginilah corak pentadbiran BN...lagi satu pak2 menteri sbl memberi kata2 pikirlah dahulu jgn bagi statement yg menampakkan kebodohan diri...jgn makan ayam klu harga ayam naik...jgn jd menteri la klu nak jwb mcm tu...menteri jenis apa ni...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.