..

..

NAJIB JUAL ASET NEGARA , @RafiziRamli KALAU BERANI SILA TUNJUK BUKTI @dzainalabidin @tunfaisal

on Monday, December 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Rafizi punya spin putar belit ..mudah je ,  petik sikit laporan Bank Dunia dan SYAK tuduh Najib jual aset negara. 

Tiada satu pun habuk pun didedahkan Rafizi di mana aset negara yang Najib jual untuk kurangkan defisit.  

Hanya berpandukan SYAK dari hati manusia bernama Rafizi je cukup membuat macai2 PR menggila marah kerajaan .  Itu namanya BAHALOL .... 

GPB menantikan bukti mana aset Negara dijual Najib seperti didakwa Rafizi ....



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicabar mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa kerajaan bertindak menjual aset negara demi menutup kegagalan mencapai sasaran defisit membabitkan hutang negara.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, Rafizi tidak sepatutnya melemparkan tuduhan tidak berasas begitu.

“Kalau betul kata beliau, maka tunjukkan buktinya pada kita dan bukannya sekadar bersandarkan pada petikan laporan luar. Dalam hal ini, nampaknya beliau seolah-olah cuba mengelirukan rakyat dengan fakta diperoleh.

“Bagi kita, tohmahan itu sama sekali tidak benar memandangkan pertumbuhan ekonomi negara cukup baik pada masa kini. Kalau tidak, masakan negara kita boleh melonjak ke tangga keenam berbanding tempat ke-12 pada tahun lalu bagi negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan di dunia,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, negara ini terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Kuala Lumpur dinobatkan sebagai syurga membeli-belah keempat di dunia menerusi hasil kaji selidik dilakukan CNN, baru-baru ini.

“Semua ini jelas menunjukkan negara kita mempunyai kedudukan kewangan dan ekonomi yang kukuh sehingga turut diyakini dunia, sekali gus menyangkal tuduhan dilontarkan Rafizi,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis penutup Rainforest Outdoor Festival 2013 (Rofest’13) di Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, semalam.

Terdahulu, Rafizi melalui portal berita PKR mendakwa, kerajaan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang daripada aset berkenaan semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi mereka mencapai sasaran defisit empat peratus ditetapkan.

Menurutnya, pendedahan itu dibuat berdasarkan laporan terkini Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor: December 2013’ seperti tertera pada halaman 10.

Katanya, beliau mengesyaki rancangan menjual aset negara itu berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit empat peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ia bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya diperoleh dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    sikap PM mendiamkan diri dgn dakwaan begini membuat orang ramai percaya. dah jadi tunggul ke org2 UMNO semua?. nak jadi hulu balang lepas kalah PRU14 nanti ker?.

  2. Anonymous says:

    Bukti tunggu lepas PRU14..hahaha.
    Bro..bukti2 yang dulu2 nk dedah lepas PRU13 ghaib ntah kemana..

  3. Anonymous says:

    Syak ke tak syak belakang kira.Sepatut nya najib perlu ambil tindakan segera...saman,kalau tak nak saman..betul la tu?

  4. jual ka x jual ,,,,,,, Awal tahun depan Malaysia kena bayar balik duit pinjaman yg bersandar kt bank dunia sbanyak USD 500 juta

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.