..

..

MENGAPA KERAJAAN DAP TAKUT DEDAHKAN KENAIKAN GAJI KETUA MENTERI ? @dzainalabidin

on Sunday, December 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Jika kita perhalusi bajet 2014 kerajaan DAP mengenai kenaikan elaun  ADUN P.Pinang , tiada langsung disebut mengenai  berapa  gaji Ketua Menteri , Speaker & Timb Speaker . Adakah jawatan ini tiada kenaikan ??

Atau adakah  Kerajaan DAP cuba sembunyikan fakta  ini daripada pengetahuan rakyat berikutan kecaman pelbagai pihak kenaikan gaji oleh kerajaan PR Selangor yang tak munasabah

.

Kerajaan Negeri sedar bahawa elaun Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. 

 Oleh yang demikian Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2005 supaya kadar elaun bulanan ditambah kepada RM 6,000 yang akan dibayar pada 1 Januari 2014. Elaun YB Ketua Pembangkang juga dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM 2,000 sebulan.


Ketiadaan fakta mengenai jawatan ini turun dibidas oleh Ketua Pembangkang P.Pinang .


Mengulas mengenai kenaikan elaun anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM6,000, Jahara berkata Lim tidak telus kerana hanya membentangkan gaji Adun dan tidak menyatakan mengenai gajinya termasuk Speaker dan Timbalan Speaker Dun dan anggota Exco.

 "Mengapa beliau hanya mengumumkan kenaikan gaji Adun sedangkan gaji beliau sendiri, beliau tidak nyatakan semasa pembentangan bajet ini. Maklumat itu sangat samar-samar, kenapa beliau cuba menyembunyikan sesuatu apa yang nak disorokkan," katanya.

 Dalam pembentangan itu, Lim mengumumkan kenaikan elaun Adun dari RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan berkuat kuasa 1 Jan, selain elaun ketua pembangkang juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebulan.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.