..

..

MALAM AMBANG 2014 DATARAN MERDEKA BAKAL JADI KECOH & HURU HARA !!

on Thursday, December 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tak puas hati kita turun jalanraya ... lepas itu pulak ada yang nak guling kerajaan pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka .

Nampaknya  akan  ada kekecohan  dan huru - huru nanti pada malam ambang tahun baru 2014 . 

Polis & FRU sudah tentu telah bersiap sedia segala kemungkinan berikutan hasutan mahu guling kerajaan tersebar meluas sekarang di media sosial , whasapp dan sebagainya .

Turut tak ketinggalan portal  Malaysiakini membantu menghasut  a rakyat  turun ke jalanraya pada hari berkenaan . Malah Mat Sabun pun dah isytiharkan tahun 2014 adalah tahun demontrasi disebabkan harga dan kos sara hidup naik . kLIK di sini



Masyuk la pemimpin PR tahun 2014  sebab peruntukan dana asing bertuhankan demokrasi untuk buat demontrasi jalanan akan meningkat .. 







Turun ke jalanan protes harga naik bukan kaedah terbaik


 Turun ke jalanan untuk protes kenaikan kos sara hidup dilihat bukan kaedah terbaik menangani masalah, kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

Beliau menasihatkan agar rakyat bersabar sehingga kerajaan menemui mekanisme menyelesaikan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini, PR memberitahu bakal membuat keputusan sama ada mahu mengadakan bantahan besar-besaran atau tidak, esok dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Menurut Atory, rakyat perlu mendengar penerangan daripada kerajaan berhubung kenaikan itu.

“Lebih baik kita dengar dulu penerangan daripada kerajaan. Belum tahu lagi kadar kenaikan. Jadi, sabarlah sedikit.

“Saluran untuk mengadakan rundingan tetap ada. Kalau tak demonstrasi pun tak apa. Lebih baik gunakan saluran parti politik dan badan bukan kerajaan yang ada ini,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bukan parti pembangkang sahaja yang prihatin dengan kenaikan kos sara hidup rakyat, parti kerajaan juga turut prihatin.

 “Pemuda Umno juga membangkitkan isu ini ke kabinet. Jadi, bukan pembangkang sahaja... parti pemerintah juga prihatin dengan harga barang naik ini.

“Biar mereka (BN) berdialog dulu, kita tengok hasilnya bagaimana. Demonstrasi ini mungkin saluran yang terakhir. Nak halang pun tak boleh kerana perhimpunan aman dibenarkan oleh kerajaan,” katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Perusuh2 dalam BERSIH 1,2,3 pun tak tertangkap dan di dakwa lagi,ini nak warning lagi rakyat supaya jangan pegi 'Himpunan TURUN'.

    Amaran ini siapa pun tak perduli kerana rakyat tahu kerajaan Ah Jib Gor baik hati dan tak pernah tangkap dan dakwa orang!!!!!

    Alfie

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.