..

..

KENAIKAN TOL : JAWAPAN KERAJAAN INI SEPATUTNYA DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT @NajibRazak @PetraJayaMP @KhairyKJ

on Monday, December 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ini sepatutnya dibuat Kementerian & Menteri dilantik  bukannya membiarkan juak-juak Menteri PEMANDU kesayangan Najib bercakap  .  Mereka bukan tahu masalah rakyat di bawah sebab dilantik menjadi Menteri atas kapasiti Senator . 

Selama 22 tahun Tun M memerintah  , segala keputusan dibuat berpandukan nasihat agensi kerajaan , pakar ekonomi & juga kebijaksaan beliau .   Tak ada pun kekalutan dibuat  PEMANDU kacau seperti sekarang hingga menggambarkan negara akan bangkrap dalam 9 tahun lagi jika subsidi terus diberi . 

GPB harap selepas ini kepada agensi terlibat pasal subsidi ini , sila jawab dengan jawapan yang munasabah bukan membiarkan PEMANDU yang ramai ini terus menyusahkan rakyat , parti & kerajaan. 




KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KERJA RAYA
DATUK HJ FADILLAH HJ YUSOF

1. Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Namun, Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. 

2.Sebaliknya, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan menga...mbil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014.

3. Saya juga ingin menjelaskan bahawa sejak tahun 2008, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya:
i. penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya

ii. penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan 7 plaza tol

iii. pengurangan kadar tol yang melibatkan 3 lebuh raya; dan

iv. penstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.


4. Dalam mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, Kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani agar terus mendapat keyakinan pelabur dan supaya tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.


One Response

  1. Anonymous says:

    Dedahkan whatever pun, will not make a difference to sore losers.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.