..

..

KENAIKAN GAJI MB, ADUN SELANGOR , PAKATAN BUAT U TURN BALIK @dzainalabidin

on Wednesday, December 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Panas telinga dengan kritikan pelbagai pihak berhubung kenaikan sakan gaji Menteri Besar , Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri , Pakatan Rakyat telah mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengkaji semula kenaikan tersebut.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Bangunan Parlimen, Selasa.

Amaun harus diturunkan. Kita akan biarkan MB dan kerajaan negeri untuk putuskan. Tetapi kami rasa ia perlu dilakukan sebelum tahun depan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perkembangan terbaru ini pastinya memberi tekanan kepada  Abdul Khalid yang sebelum ini menegaskan tidak akan menurunkan kadar gaji yang dinaikkan kerana ianya sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenaikan gaji yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan telah dibentangkan oleh Khalid di DUN Selangor pada 27 Oktober lalu dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN.

Keputusan menaikkan gaji ini telah menimbulkan pembagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali yang menganggap ianya terlalu tinggi.

“Saya mencadangkan kenaikkan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadarnya lebih munasabah dan memberikan penjelasan kepada rakyat keperluan kenaikkan ini.

“Kita tidak menolak keperluan untuk menaikkan gaji tetapi apa yang diputuskan oleh kerajaan negeri bagi BBC terlalu tinggi dan kita tuntut penjelasan daripada kerajaan negeri,” kata Azmin.

Bagi meredakan kritikkan terhadap Abdul Khalid, Anwar mengarahkan semua ADUN PKR di Selangor menderma antara RM1,000 sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.

Anwar berkata sungguhpun Khalid telah memberi penjelasan kenapa gaji pemimpin negeri dinaikkan dengan kadar begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan. -bnbbc.my 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.