..

..

HOT ! MAT SABU AKAN JADI LEBIH PAK TURUT DAP SEBAGAI PESURUHJAYA PAS

on Wednesday, December 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

 


Prestasi serta reputasi PAS Pulau Pinang akan jatuh merudum dan tidak lagi relevan terhadap perjuangan agama Islam dengan pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya negeri yang baru, kata Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali.
 
Menurut beliau, PAS tidak seharusnya melantik Timbalan Presiden tersebut bagi mengisi jawatan itu lantaran kontroversinya yang dikaitkan sebagai pengikut Syiah, belum direda dan tidak dinafikan secara bersungguh-sungguh oleh PAS sendiri.
 
"Saya lihat pelantikan Mat Sabu akan menguntungkan DAP, menguntungkan mana-mana Melayu dalam pakatan pembangkang yang langsung tak mendokong agenda menjaga hak-hak orang Melayu. Mat Sabu pada saya mudah dibeli oleh DAP dan diajak untuk berkompromi," katanya kepada Antarapos.
 
Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang menggantikan penyandangnya, Datuk Salleh Man.
 
Pelantikan Mat Sabu dilihat sebagai penyelesaian bagi meredakan ketegangan yang tercetus antara kepimpinan PAS negeri dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.
 
Mengulas lanjut, Aidit berkata pemilihan Mohammad bagi mengisi jawatan itu adalah disebabkan PAS sendiri sedar pemimpin nombor dua dalam parti itu menjadi kegemaran DAP untuk berurusan.
 
Mohamad juga dilihat lebih menurut kata DAP berbanding pemimpin PAS lain, kata Aidit.
 
"Apakah Mat Sabu ini dianggap sebagai seorang Melayu yang boleh diajak kompromi nilai dan kewajipannya terhadap agama Islam sehingga menjadi pilihan (mungkin) DAP untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
 
"Jelas, DAP tidak senang dengan semua orang dalam PAS. Dia hanya senang dengan beberapa orang yang akan membantu DAP mencapai agendanya,"katanya.
 
Aidit selain itu turut mempersoalkan sama ada negeri tersebut telah ketandusan pemimpin sehingga PAS Pusat terpaksa melantik Mat Sabu sebagai pesuruhjaya.
 
"Sepatutnya orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden, beliau perlu menjaga di peringkat kebangsaan atau nasional,"ujarnya. 
 
Sementara itu, Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kepimpinan tertinggi PAS tidak sepatutnya melantik Mohamad untuk jawatan itu.
 
"Apabila beliau sekali lagi diberi peluang oleh kepimpinan pusat untuk menerajui PAS Pulau Pinang, ia memberikan signal yang berbeza. Dari satu segi PAS sebagai sebuah parti menolak pengaruh Syiah namun dalam masa yang sama terus melantik seorang yang dikaitkan dengan ajaran Syiah itu sendiri,"katanya.
 


One Response

  1. Anonymous says:

    Seems likely going to be.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.