..

..

HOT ! GUAN ENG KANTOI MENIPU , TUNTUT PENJELASAN PEMBERIAN TENDER PROJEK @dzainalabidin @rrafizal

on Wednesday, December 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Negeri telah dimaklumkan melalui beberapa laman blog, bahawa berlaku ketidaktelusan di dalam pengagihan Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam.

Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut.

 Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60.

 Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama. 

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini memandangkan kenyataan beliau di dalam The Star Online dan Minit Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan ini berbeza,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT. 

Rafizal berkata rakyat memerlukan penjelasan terhadap persoalan ini apatah lagi, dengan slogan ‘ Competency, Accountability dan Transparency’ perkara sebegini perlu diketahui oleh rakyat umum.

Sehubungan dengan itu, beliau berpendapat bahawa Pemuda juga ingin mendapatkan penjelasan kenapa projek ini perlu dirunding secara terus memandangkan masih banyak kontraktor lain yang mampu melaksanakan projek ini jika dilaksanakan tender terbuka “Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda Umno Negeri memohon penjelasan yang sewajarnya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang segera berkaitan isu di atas,” tegasnya lagi.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.