..

..

GUAN ENG HINA GOLONGAN WANITA ,GELAR JAHARA SEBAGAI NENEK RASIS !! @dzainalabidin @WanitaUMNOMsia

on Tuesday, December 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Inilah sikap pemimpin sebenar pemimpin DAP  yang suka menghina orang MELAYU tak kira rakyat biasa hingga pemimpin lawan  mereka.  Kalau tak Dr Mansor tak panggil la anak Kit Siang ini sebagai TOKONG.

Terbaru beliau menggelar Ketua Pembangkang P.Pinang Datuk Jahara Hamid sebagai NENEK RASIS disebabkan beliau mengambil bangkit isu perobohan gerai Melayu &   pembinaan tokong di Pulau Jerejak.


Malah ketika Jahara bertanya isu -isu ini , beliau diserang dan diganggu Adun DAP terutaman Rayer agar tidak dapat meneruskan soalan beliau . 


Beginikah layanan kerajaan DAP diketuai Guan Eng   terhadap seorang pemimpin wanita ?? 

Jelas sekali , perbuatan mereka ini cukup  biaDAP dan angkuh . 

 GPB menyeru pemimpin Wanita UMNO /BN dan NGO wanita mengutuk tindakan Guan Eng menggelar Jahara dengan panggilan yang kurang ajar ini .




GEORGETOWN - Gangguan berterusan daripada beberapa penyokong kerajaan ketika ketua pembangkang berucap dalam sesi perbahasan Bajet 2014 pagi semalam adalah cubaan untuk menutup mulutnya agar tidak terus lantang bersuara.  

Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) kesal dengan tindakan beberapa Adun PR, terutama Adun Sri Delima, RSN Rayer yang mengganggunya dengan pelbagai alasan agar tidak terus membangkitkan kesilapan atau kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, tindakannya tidak matang itu tidak wajar dibenarkan dalam sidang dewan kerana ia membuang masa wakil rakyat untuk membangkitkan pelbagai isu dalam dewan yang mulia itu.

"Adakah salah saya bertanya untuk mendapat jawapan mengenai beberapa isu yang menjadi perbualan masyarakat masa kini.

"Adakah ini cara dan amalan demokrasi kerajaan PR. Kalau kita tanya macam-macam mereka cuba mengelaknya dengan membuat kacau, bising dan gangguan ketika sesi perbahasan," katanya pada sidang media selepas keluar dari dewan pagi tadi.

Turut hadir Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad dan Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Menurutnya, beliau wajar diberi peluang untuk bercakap secara bebas tanpa apa-apa gangguan sebagai menghormati kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

"Kenapa nak ganggu ketika orang bercakap. Hormatilah kemuliaan institusi dewan ini kerana ini adalah tempat menggubal undang-undang dan menyuarakan masalah rakyat.

"Dahulu kita tidak pernah mengganggu atau menghalang Exco Kebajikan, Phee Boon Poh berucap ketika menjadi ketua pembangkang. Dia bercakap begitu lama sehingga beberapa jam tanpa gangguan.

"Kenapa tidak boleh amal perkara yang sama sekarang ini," katanya.

Jahara berkata walaupun masih mempunyai banyak isu yang mahu diketengahkan tetapi beliau enggan meneruskannya kerana sikap tidak matang beberapa Adun PR ketika berada dalam dewan.

"Saya tidak tuduh sesiapa pun. Saya hanya mahu mendapat jawapan daripada kerajaan negeri. Itu sahaja. Adakah salah saya membangkitkan perkara yang berkaitan dengan Pulau Pinang.

"Kenapa sensitif sangat apabila saya bangkit isu perobohan gerai, pembinaan tokong di Pulau Jerejak dan gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersalaman dengan seorang lelaki yang diambil dari Facebook." katanya.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian sendiri mengenai isu yang dibangkitkan walaupun cuba dihalang oleh Adun PR di dalam sidang dewan.  


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.