..

..

DOKTOR RASIS : KERAJAAN DAP TERNYATA PERTAHAN RASIS DARIPADA RAKYAT YANG DIHINA @dzainalabidin @JaharaHamid

on Thursday, December 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) mempertahankan tindakannya membangkitkan isu 'doktor rasis' dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini kerana perkara berkenaan berjaya diselesaikan dan memanfaatkan rakyat.
Menurutnya sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawabnya untuk membangkitkan masalah yang dikemukakan penduduk dan tidak mempunyai agenda tersirat.

Bagaimanapun, penjelasan Roslan membuatkan penyokong kerajaan negeri tidak senang duduk sehingga DUN menjadi 'panas'.

Soon Lip See (DAP-Jawi) mula meninggikan suara dan menuduh Roslan sengaja membangkitkan isu perkauman serta membuat tuduhan tanpa bukti.
Roslan kemudian membidas Lip See dengan memintanya 'belajar' lebih banyak jika ingin meninggikan suara dalam dewan.

"Wakil Jawi kali ini bagus kerana tahu juga bercakap dalam bahasa Melayu, yang lama dahulu langsung tidak tahu.

"Bagaimanapun saya nasihatkan Jawi, belajar lebih banyak lagi kalau hendak tengking, saya (daripada) dahulu lagi kuat bertempik dalam dewan," ujarnya.

Sebelum itu, Lip See menuduh Roslan tidak memahami tugasnya sebagai wakil rakyat dan mahu Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang mengambil tindakan.

Roslan menjelaskan, selepas isu yang dibangkitkan itu mendapat liputan meluas, 
Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan dalaman dan doktor terlibat telah dikenakan tindakan serta dihantar menjalani kursus bagi memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan pesakit.

Lip See yang masih tidak berpuas hati terus menyerang Roslan yang sedang memberi penjelasan dan mempersoalkan mengapa perkara berkenaan dibangkitkan dalam DUN.

Tindakannya menyebabkan Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh) bangun dan menengking Lip See menyebabkannya terdiam manakala Roslan pula menenangkan Mahmud yang geram dengan celahan Lip See.

Roslan berkata, fungsi DUN adalah untuk wakil rakyat mengemukakan permasalahan rakyat dan ramai ADUN DAP juga membawa masalah longkang di kawasan masing-masing ketika perbahasan dan perkara itu dilihat tidak menghalang kelancaran dewan.

Jelasnya, ketika membangkitkan isu berkenaan, beliau tidak menggunakan perkataan perkauman sebaliknya tuduhan tersebut dibuat penyokong kerajaan negeri.

"Mereka yang tuduh saya rasis tanpa bukti melalui portal berita Malaysiakini sekali gus menyebabkan saya dan ahli keluarga teruk dihentam. Mereka tidak meminta maaf kepada saya pun," ujarnya.

Pertikaman lidah itu berakhir apabila Choo Kiang menggunakan kuasa undian ADUN bagi merujuk Roslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menyebabkan ADUN Pinang Tunggal itu akur apabila undian tidak berpihak kepadanya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Roslan berkata, beliau tidak gentar dirujuk ke jawatankuasa berkenaan kerana hanya menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.



One Response

  1. Anonymous says:

    Cian DAP ini confirm hati busuk .Dalam penilaian aku adun DAP ini sebenarnya tidak layak diangkat menjadi wakil rakyaat.Terlalu banyak kelemahan mereka dan sebenarnya mereka ini low class punya ADUN ,tiada standard sebagai wakil rakyaat hanya layak menjadi pencacai........

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.