..

..

BUKTI BERGAMBAR RESTORAN PENIAGA CINA PANTAI BERSIH DIHALALKAN KERAJAAN DAP !! @dzainalabidin @drnovandri

on Friday, December 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments




- Sikap pilih kasih kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap peniaga bukan Melayu yang terus dibiarkan berniaga walaupun secara 'haram' sedangkan gerai milik penjaja Melayu yang telah beroperasi kira-kira 20 tahun dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) amat dikesali.

Sebagai contoh di Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini, beberapa buah restoran makanan laut diusahakan peniaga bukan Melayu yang didakwa didirikan di atas tanah rizab milik Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sejak lima tahun lalu tidak dikenakan tindakan tegas termasuk dirobohkan.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Seberang Perai, Mazlan Abdul berkata, beliau pelik premis-premis tersebut tidak dirobohkan meskipun PBT kerap melakukan pemeriksaan.

Beliau difahamkan peniaga terbabit hanya dikenakan kompaun bagi kesalahan yang mereka lakukan dan terus dibenarkan beroperasi.



"Mengapa banyak gerai peniaga Melayu di negeri ini dirobohkan oleh PBT dengan alasan menjalankan perniagaan di atas tapak haram termasuk dua gerai milik peniaga Melayu di Persiaran Gurney baru-baru ini.

"Apa yang menghairankan, restoran makanan laut yang dimiliki peniaga bukan Melayu di Pantai Bersih terus dibenarkan beroperasi tanpa diambil sebarang tindakan termasuk meroboh premis berkenaan walaupun secara terang-terangan dibina di atas tanah milik JPS," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang petang ini 'panas' apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) berterusan mengasak kerajaan negeri yang merobohkan gerai peniaga Melayu.

Tindakan Jahara membuatkan penyokong kerajaan negeri tidak berpuas hati sehingga Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) bangun dan menuduhnya mempunyai niat tertentu.

Jahara kemudiannya membidas Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri supaya tidak membuat tuduhan melulu.

Tegasnya, Kon Yeow tidak sepatutnya membuat tuduhan sedemikian kerana apa yang dibangkitkan merupakan masalah rakyat dan tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai penjaja Melayu benar-benar berlaku.

"Salah ke apa yang saya cakap? Saya tidak mempunyai niat lain kerana gerai peniaga Melayu dirobohkan sedangkan yang satu lagi (peniaga kaum lain) hanya dikenakan kompaun secara tahunan.
"Tahun depan kompaun lagi sedangkan gerai Melayu terus dirobohkan," kata Jahara.


8 Responses

  1. mr.amin says:

    KESIAN BANGSA KU TERUS DI HENTAK KEPALANYA..

  2. Anonymous says:

    SIAPA APEK RACIST 13 may .
    HARAMJADAH PUNYA BABI KURAP.

  3. Anonymous says:

    PAS PKR tepuk tangan sedang orang melayu ditindas.

  4. hangkedee says:

    Bestnya sokong PR baru ada akai

  5. Anonymous says:

    bagus robohkan kedai perniaga Melayu, saya sokong 100%. Ajar sikit orang melayu yang cuba nak bermaharaja lela di tanah tumpah darahnya. Orang melayu bila dah kena tekan baru nak melompat. hahahaha.saya orang melayu jati tetap dgn pendirian saya tak akan mengalah walaupun BN / Najib mengalah dgn bangsa china.

  6. Anonymous says:

    Sokonglah lagi PR sampai kiamat lagi bagus untuk orang melayu Penang. Nanti tempat nak berak pun kena menyembah kat Cina dulu baru boleh berak.

  7. Anonymous says:

    Tindakan yg betul la tu sbg hadiah... Sokonglah lagi lain kali..

  8. Anonymous says:

    kasihani Ling leong sik

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.