..

..

BUDAK JATUH 30 METER EURO WHEEL, KERAJAAN NEGERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB !

on Monday, December 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Lagi tragedi akibat kecuaian berlaku di negeri P.Pinang dan terbaru di Pesta P.Pinang di mana seorang kanak-kanak terjatuh dari  "Euro Wheel "  yang dianjurkan  Kerajaan Negeri  

GPB menyokong ibubapa ini yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur ( kerajaan negeri )   yang cuai dan tidak menitikberatkan soal keselamatan pengunjung .

  Kerajaan Negeri ditadbir DAP perlu bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku ini kerana ia telah mengakibatkan seorang kanak-kanak koma dan hilang buah pinggang. 


“Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.
“Melihat keadaannya itu, saya mendukung Khairul dan berlari mendapatkan bantuan,” kata Abu Kassim Yaacob, 41, bapa kepada Muhammad Khairul Naimmie Abu, 6, yang koma selepas terjatuh dari buaian berpusing ‘Euro Wheel’ di tapak pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, mujur ada seorang rakan yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudi menumpangkan kenderaannya untuk membawa anak yang parah itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP).



Difahamkan, Khairul terjatuh dari ketinggian mencecah hampir 30 meter dan ketika itu, semua peniaga menutup operasi perniagaan masing-masing di tapak pesta berkenaan.

Mangsa dikatakan masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan, namun dia panik kerana bekalan elektrik diputuskan, membuka pintu lalu terjatuh.
Menceritakan kembali kejadian itu, Abu Kassim, yang juga peniaga di tapak pesta itu berkata, dia dimaklumkan beberapa rakan yang anaknya ditimpa kemalangan kerana terjatuh dari buaian berpusing itu.

Dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan Khairul yang lemah sebelum memangkunya tubuhnya untuk dibawa ke hospital.
Sejurus tiba di hospital, anaknya tidak sedarkan diri menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

 “Doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang satu buah pinggang manakala limpa anak saya pecah serta usus perut terpaksa disambung,” katanya.

“Saya kemudian diminta menandatangani borang untuk pembedahan dan hanya mampu berdoa supaya Khairul selamat,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, namun melihatkan keadaan beberapa buaian berpusing yang pecah cermin, dia percaya Khairul terjatuh daripada tingkat yang tinggi sebelum terhempap ke bawah.

Saya tidak dapat bayangkan penderitaan anak saya ketika dia terjatuh dan tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan kerana ketika itu, semua permainan di pesta mahu menghentikan operasi.

“Saya pelik kerana tidak mungkin operator yang menjaga permainan itu tidak menyedari anak saya masuk sedangkan jarak antara tempat kawalan buaian berpusing itu tidak jauh,” katanya.

Kata Abu Kassim, dia kini mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur yang dilihat cuai dan tidak menitik beratkan soal keselamatan.

“Saya tunggu hingga keadaan anak pulih dan mungkin akan mengambil tindakan kepada penganjur, namun buat masa ini saya hanya memikirkan keadaan anak terlebih dulu,” katanya.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis jam 4 pagi semalam dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    “Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.

    tang ni aku ragu ragu sikit..

  2. Otak geliga says:

    si Penjaga juga wajar dikenakan tindakan kerana CUAI.....sedap mengata org lain CUAI....tu anak siapa?.....kenapa bdk umur 6 tahun dibiar merayau sorang2?.....kalau bukan CUAI nak panggil apa?....dua2 pihak SALAH

  3. Anonymous says:

    betul tu..bila dah jadi macam ni mula nk salahkan org..kite sebagai ibu bapa di amanahkan untuk menjaga anak..aku tau kau mesti biarkan anak kau merayau-rayau..anak kau yg degil..nk salah kan managament sbb tak mengawal plak ...kau yg sibuk cari duit

  4. Anonymous says:

    knapa u sbgai bapak x sedar anak u hilang....bukan tanggungjawab u ke tuk jga anak u....jgn salah kan org lain...u yang cuai......!!!!!

  5. Anonymous says:

    BAPA YANG CUAI JANGAN SALAHKAN PIHAK LAIN....PIHAK LAIN BANYAK KERJA YANG NAK DI JAGA BUKAN NAK JAGA SATU KERJA SAJA...DAH LEWAT2 TAK PERLU BIAR ANAK MERAYAU2 DI TEMPAT YANG DAH TENTU BAHAYA...SEBAB IA MASIH KECIL....LEBIH BAGUS JANGAN BAWA KE TAPAK PESTA DI ATAS PANDAGAN MENYEBABKAN BAHAYA APABILA IA MERAYAU....JAGAN SALAHKAN PIHAK LAIN.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.