..

..

BILA REEZAL MERICAN NAIK PEJABAT MPSP BELA PENIAGA MELAYU KEPALA BATAS ??@dzainalabidin @NajibRazak

on Tuesday, December 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Guan Eng tokong  pujaan macai PR  nak bela penjaja & peniaga Melayu di P.Pinang ?? Kini sudah masuk penggal ke 2 dia merintah, kuasa makin kuat . Ada dia nak peduli undi Melayu ?? Dia bela bangsanya saja sebab depa bagi undi untuk dia kuasa ..

Hari ini mujur ada lagi   pemimpin Melayu lagi dalam UMNO bersuara membela nasib peniaga & penjaja Melayu .  

Selain Datuk  Jahara yang digelar NENEK RASIS , kini Ahli MT UMNO DS Reezal Merican pulak membela peniaga & penjaja Melayu   di Parlimen Kepala Batas yang disaman dengan  cukup keterlaluan.

Apakah Reezal Merican akan digelar MAMAK RASIS pulak oleh Guan Eng kerana pertikai Ketua Menteri  membela satu kaum sahaja dan tidak peka nasib peniaga Melayu ??

Biar lah dia nak bagi gelaran itu tapi kebenaranya   UMNO sahajalah yang masih lagi dilihat  terus  membela nasih peniaga & penjaja Melayu di negeri ini . 

Exco PKR termasuk TKM 1   semuanya itu bukan nak bela malah akan menghentam lagi peniaga & juga pemimpin UMNO yang bangkit isu yang dianggap rasis ini . 

Di dalam gambar di atas, DS Reezal Merican mengadakan pertemuan dengan MPSP termasuk Ahli Majlis MPSP dari PKR iaitu sdr  Syed Mikael  hari ini bagi  membawa isu berkaitan lesen penjaja & peniaga di  pasar Kepala Batas.   

Apakah MPSP & Ahli Majlis  terus berkeras & enggan bertolak ansur & bekerjasama bagi menyelesaikan masalah ini ??

 Sama-sama kita nantikan usaha Ahli Parlimen BN ini membantu peniaga Melayu yang ditindas kerajaan DAP !!








KEPALA BATAS 23 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta turut peka dengan nasib peniaga dan penjaja kecil Melayu di Pasar Kepala Batas di sini, bukannya membela peniaga daripada satu kaum sahaja.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini ekoran tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyaman peniaga dan penjaja kecil di pasar tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan.

Beliau berkata, langkah mengenakan kompaun sehingga RM250 kepada setiap seorang peniaga dan penjaja berkenaan adalah tidak adil kerana pendapatan mereka berniaga di pasar berkenaan bukanlah begitu lumayan.

“Mereka hanya berniaga di kaki lima pasar dan tidak mengganggu lalu lintas tetapi dikena kompaun yang amat berat.

"Ada peniaga disaman lebih 10 kali tetapi terpaksa meneruskan perniagaan kerana mahu menampung kehidupan keluarga," katanya kepada pemberita selepas meninjau masalah yang dihadapi peniaga di Pasar Kepala Batas di Permatang Manggis di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Ismalina Ismail.




Reezal Merican berkata, peniaga dan penjaja kecil di sini perlu dibela kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan selain berniaga di situ sejak beberapa tahun lalu.

“Guan Eng hendaklah mendengar rintihan rakyat dan bersikap adil dengan memberi peluang kepada peniaga dan penjaja Melayu berniaga di sini, janganlah bela satu kaum sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap MPSP dapat mempertimbangkan peniaga dan penjaja di pasar ini terbabit dikecuali daripada tindakan kerana kehadiran mereka tidak mengganggu lalu lintas dan bertindak terhadap rungutan orang ramai yang menghadapi masalah kekurangan tempat meletak kereta.

“Kalau terus mengambil tindakan kompaun, pendapatan mereka sudah pasti akan terjejas teruk," katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kuatkuasakan Article 153 yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera kalau dah jelas tindakan kera-jaan Dap ini menindas.

  2. Anonymous says:

    Nak Membela Penjaja Melayu atau Penjaja UMNO?????????????????

  3. Anonymous says:

    Xkesah la penjaja Melayu ka..penjaja umno ka..semua tu org Melayu..yg hmpa duk seronok sngt pi sokong cina tu pasai pa..? hmpa mati esok2, hmpa ingt Cina tu ka yg akan usung keranda hmpa pi kubuq...??

  4. Anonymous says:

    Anon 9.48 pernah sampai x market ayer itam dekat kek lok si???dtng lepas subuh balik pkul 6 petang..buka mata lihat sejelas2.. kalau boleh datang time public holiday..kemudian komen siapa rasis..apek lge rasis!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.