..

..

BEZA PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN BN MEMBANTU MANGSA BANJIR

on Friday, December 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Isu banjir terus menjadi modal pembangkang menghasut rakyat terutama mangsa banjir dan ahli keluarga mereka agar membenci kerajaan .  Bantuan lambat , makanan kurang , tempat pemindahan teruk , UMNO hanya pentingkan PAU2013 antara isu dimainkan mereka di media sosial & pemimpin mereka.

Di ketika rakyat Kuantan memerlukan segera bantuan &  khidmat wakil rakyat mereka , selain  Fuziah Salleh pulak jadikan Dewan Rakyat sebagai tempat membalun agensi keraaan   , di facebook juga tak kurang hebatnya.

Dia cakap dirinya turun ke kawasan menjenguk dan analisa masalah . Air tak de dalam tandas , makanan tak cukup itu adalah  fokus utamanya . Ini lah kerja pembangkang tahu nak complaint 24 jam  saja diketika musibah bencana berlaku .

Mana la boleh sempurna 100 % segala apa yang kita nak diketika kejadian bencana seperti banjir ini. Menteri Kebajikan Masyarakat sendir akui bantuan makanan lambat disebabkan masalah logistik penghantaran makanan ke tempat pemindahan .

 Keutamaan kerajaan di waktu ini ialah memastikan rakyat selamat daripada kejadian tak diingini berlaku.









Ia berlainan dengan pemimpin UMNO /BN yang sentiasa turun cepat membantu dan memberi sumbangan terus  setiap kali berlaku bencana alam seperti banjir bukannya menjenguk & analisa . Tindakan & keputusan segera perlu dibuat supaya bantua cepat dapat disalurkan .

 Contohnya MT UMNO , Datuk Seri Shabery Chik yang bergegas meninggalkan PAU 2013 pulang ke Kemaman bagi melawat dan membantu mangsa banjir di kawasan beliau .




Begitu juga PM menunjukkan contoh pemimpin berjiwa rakyat dengan  sanggup meninggalkan PAU 2013 terus melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang hari ini .








Kelab Putera 1Malaysia antara skuad sukarelawan awal turun 
membantu mangsa banjir di Kuantan 


Esok  pulak GPB dimaklumkan  Konvoi "OPS Bantuan"   KBS & Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia akan bergerak ke Kuantan bagi menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa banjir .

Manakala KDN juga telah menggerakkan sebanyak 5,412 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Menurut  Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  turut digerakkan adalah sebanyak 407 buah bot, 53 kenderaan pacuan empat roda dan 42 buah lori bagi memastikan Ops Banjir yang dilaksana berjalan lancar.

 "Selain agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, penglibatan kementerian lain seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (JPM) juga telah digerakkan secara bersepadu.

 "Kita juga menggerakkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen untuk membantu mangsa yang kehilangan MyKad dan pasport," katanya





3 Responses

  1. Anonymous says:

    pesal tak tunjuk gambar Datuk Seri Hj Hadi naik bot selamatkan mangsa banjir? kalau setakat Najib duk meninjau pusat banjir, hayun buai 2-3 kali pastu berambus, berjiwa rakyat la sangat.. kesian ko.. buta hati..

  2. Anonymous says:

    ek eleh.. comment pn kena ada approval.. mmg xde telur la ko ni.. stakat syok sdiri baik xyah tulis blog la bro.. wat malu jerk.. kesiah ko.. baik buta mata dari buta hati..

  3. Anonymous says:

    kurang aja btul yg komen sblm nih...
    memang dasar org takde tamadun....tulah org kuantan...undi lgi puak2 perusuh nih....bile dah dapat undi parlimen...masih lgi nak harapkan kerajaan pusat...ape puak2 pakatan rakyat miskin sgt ke??sampai sudah nak salahkan kerajaan pusat...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.