..

..

AKHIRNYA NIK AZIZ SAH PENCEN DARIPADA JAWATAN MURSYIDUL AM PAS

on Monday, December 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan diganti dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Ahmad turut dilantik sebagai bendahari PAS Pusat yang baharu.

Pengumuman jawatan lantikan ini dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013 - 2015 yang pertama malam tadi.

Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sementara Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS.

Timbalan Menteri Besar Kelantan,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas kepada Mohamad Sabu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Seorang lagi calon yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember nanti.-AstroAwani


3 Responses

  1. Anonymous says:

    tanpa segan silu pas masih mengekalkan setopa sebagai s/u dan setopa pun tanpa segan silu menerimanya.... ya ALLAH hancurkanlah pas......AMIN YA RABBILALAMIN.

  2. Anonymous says:

    Alamak..Ustaz Haron Din..?? Kekal sampai pencen sebagai TMA PAS gamaknyer....???!!!!

  3. Zek58 says:

    Klu xdigugurkn drp jawatan tu, smpi mati dia nk pegang...Ini lah cnth ulamak xblh diikut...berbeza beno dgn Dr Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.