..

..

11 LANGKAH PENGURANGAN PERBELANJAAN KERAJAAN INI YANG RAKYAT MAHUKAN @NajibRazak

on Tuesday, December 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



GPB menyambut baik 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan . Ia sejajar dengan hasrat rakyat  juga mahu kerajaan  berjimat cermat demi mengurangkan perbelanjaan .

Jika kerajaan memotong beberapa subsidi demi mengurangkan defisit fiskal negara dan rakyat terpaksa berdepan kenaikan harga barang akibat daripada itu  .. maka 11 langkah ini juga memang patut di buat kerajaan.

Kalau di syarikat swasta pun boleh dilakukan , mengapa penjimatan di sektor awam tak boleh dilakukan . Kalau subsidi rakyat dipotong , maka perbelanjaan kerajaan juga wajar dipotong juga untuk perbelanjaan lebih berhemah .

Terima kasih PM kerana mendengar rintihan rakyat membuat tindakan yang cukup berani  !!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari. 

 Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

 Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas.

 Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu. Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

 Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan. 

 Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. 

 Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan. 

 Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya. 

 Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. 

 Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA






3 Responses

  1. ni mmg rakyat mahukn utk kurangkn kos operasi tp yg asasnya brg semua naik tanpa dikawal..mana ketua pemuda umno liberal??

  2. Anonymous says:

    Adakah dgn ini akan meringankan beban rakyat ?

    Memang BEBAL.

  3. Anonymous says:

    Perbelanjaan negara patut di pantau oleh orang yg ada jati diri dan agama! Setiap tahun laporan audit berbillion tiris.. Perlu di baiki dgn segera jgn la takut sgt dgn pak menteri yg di lantik.. DS Najib perlu amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya.. Ayah beliau di antara pemimpin yg berjaya menjiwai denyut nadi Rakyat! Semoga arwah Pemimpin Malaysia yg telah kembali ke rahmatullah di rahmati dan di ampuni dosa mereka..Aamiin!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.