..

..

SALLEH MAN BOHONG , TUDUH MEDIA PUTAR BELIT KENYATAAN PAS P.PINANG SEMALAM !!

on Wednesday, November 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Hari ini memang kelam kabut trio kerajaan DAP    Salleh Man - Malik Kassim - Guan Eng untuk  berlakon  drama menipu   untuk tutup isu 4 tuntutan Pas P.Pinang semalam .

Nak bohong apa lagi Salleh Man & Guan Eng  dengan menyalahkan NST   , portal Malaysiakini ( klik di sini) sendiri pun menyatakan ada berlaku campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal Islam P.Pinang .  Mengapa mereka tak salahkan juga Malaysiakini ??


Ini lah sikap pembangkang setiap kali menghadapi masalah pergolakan dalam parti  dan yang akan dipersalahkan kalau bukan media iaitu UMNO . 

p/s :  Salleh Man pun nampaknya dan pandai cakap putar belit seperti tokong DAP ...




Sementara itu, dalam sidang media di sini hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan Pas dan PKR supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku adalah manipulasi jahat media.

  
Lim juga enggan menjawab soalan daripada media berhubung kenyataan Muhammad Fauzi bahawa terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam di negeri ini.
   
Ketua Menteri meminta agar kedua-dua parti iaitu Pas dan PKR mengadakan mesyuarat bagi  membincangkan hal berkenaan supaya satu keputusan dapat dibuat.
   
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Salleh Man yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau menyangkal dakwaan berlakunya campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal Islam.
    
Bagaimanapun Salleh yang ditemui pemberita sebelum itu mengakui Badan Perhubungan Pas Negeri memang mempersetujui empat resolusi yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri antaranya menggesa kerajaan negeri memberi kuasa penuh kepada Yang Dipertua Majlis  Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang juga (Pesuruhjaya Pas Negeri) untuk melantik ahli-ahli majlis itu.
   
Selain itu kerajaan negeri memperuntukkan kuota yang lebih  besar bagi wakil dari Pas dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), meningkatkan  kuota Pas kepada hingga empat rang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).  - Bernama




2 Responses

  1. Anonymous says:

    hahaha... tengok tu...dah terketar dan terkencing Pas...sebelum ni bukan main lagi tunjuk lagak...nak ancam letak jawatan konon... la ni tpaksa la cakap putar belit salahkan pihak lain...dah pandai dah membohong dan putar belit mcm aljuburi dan kafir Dap...

  2. Anonymous says:

    Pas berjuang demi jawatan. Kalu dia tak dpt prinsip mereka org lain (umno) pun tak boleh dapat. Agama hanya topeng pas utk jawatan...habis semua dijual

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.