..

..

ROCK METAL BUKTI PAS YANG DULU BUKAN LAGI PAS SEKARANG ...

on Monday, November 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar Pas kali ke-59, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal. Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

 Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'Pas For All' (Pas untuk semua) dan persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda. "Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan terkena serangan jantung.

 "Tetapi persembahan itu adalah salah satu cara kita menarik anak muda yang sememangnya sukakan hiburan rancak, namun tidak melanggar prinsip parti," katanya dalam ucapan penggulungan, semalam. Beliau berkata, ahli Pas jangan tutup kamus pemikiran dengan isu-isu keagamaan sahaja, tanpa melihat persekitaran masyarakat yang luas untuk didekati.

 "Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, juga sudi merasmikan persembahan itu dan main dram, walaupun tidak seperti pemain profesional. "Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ke majlis itu juga menunjukkan keterbukaan beliau pada persembahan yang berbeza dengan persembahan sebelum ini yang secara tidak langsung mungkin menjadi penyebab Selangor masih kekal menang di Selangor," katanya.

 Beliau berkata, asalkan sesuatu persembahan tidak lari dari prinsip parti maka, ia pasti akan memberi kebaikan kepada perjuangan Pas. "Terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan puan," katanya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bah Pertama:

    Apa nak jadi PAS ni! Inilah yg. dimahukan si KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR dan sekutu mereka dr. puak pengikut-syaitan Illuminati PAP-Barat-Israel! Na’uzubillah – Kami memohon perlindungan Allah!
    Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Tamdun syiatn Illuminati ini juga diPUJA oleh kebanyakan kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Kei$ha dan Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.

    Illuminati ini juga disyaki diKETUAI pemimpin dan jutawan-jutawan paling berkuasa lain di Barat-Israel termasuk Soros, Adelson (yg. ingin bom dgn. nuklear ke atas Iran), Rockefeller, Rothschild, Bloomberg dsbnya, serta Obama/Bush-Cameron/Blair-Sarkozi/Hollande/Fabius-Merkel-Netanyahu-House of Windsor (Queen Elizabeth juga dikenali sbg. "Ratu Israel"), yang ingin menubuhkan satu K'jaan Dunia Syaitan di bawah New World Order (NWO), berpusat di London, di mana tuhan mereka sebenarnya ialah Syaitan (lihat di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/, The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)., tapi bertopengkan agama Yahudi-Kristian Zionis.

    Puak Illuminati ini juga telah berjaya menumpaskan agama Yahudi dan Kristian tradisional/asal dgn. mencampur-adukkan agama-agama ini dgn. fahaman syaitan, Zionisma. Maka, musuh Illuminati utama yg. masih tinggal ialah Islam/umatnya, apalagi Dunia Islam penuh kekayaan minyak-gas dan umat Islam, masih ramai yg. tradisional dan berpegang teguh pd. ajaran Islam, yg. termasuklah di bumi PUSAKA Islam/Melayu kita ini. Individu-individu berkuasa disyaki dr. puak Illuminati termasuk Adelson, ini telah mencadangkan supaya Iran dan Mekah di bom dgn. NUKLEAR, di masa hadapan (tapi nak haramkan Dunia Islam ada bom nuklear) - jadi sudah jelas, hanya pengikut syaitan yg. boleh berfikiran amat keji spt. ini! Lihat http://www.youtube.com/watch?v=Qm2Cp7ptv1c, Sejarah Jin dan Iblis Menurut Al-Qur'an dan Hadist, Oleh Arceus Zeldfer.

    Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI Melayu PUSAKA kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham Tan Sri Saloma (isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee) - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (mana bayaran ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK termasuk dr. Shaw Brothers di S'pura?!).

  2. Anonymous says:

    kah..kah..kah kawak sungguh pAS sekarang ini...

  3. Anonymous says:

    UMNO di KAFIR kan oleh Haji Hadi Presiden PAS kerana berkesatuan dengan Party politik kaum Cina (MCA) dan India (MIC). Dalam kesatuan BN UMNO adalah tunjang kesatuan politik BN. Apabila PAS bersekongkol dalam politik dengan kaum penentang Islam dan munafik, PAS pun tergolong sebagai kafir juga.
    Apabila UMNO dan BN menggunakan pendekatan konsert, PAS tuduh UMNO sebagai syaitan yang melalaikan rakyat. Tetapi apabila PAS menggunakan kaedah konsert metalik, ini adalah untuk menarik sokongan orang muda. Kali ini PAS menghalal perkara yang subahat, Kalau apa pun PAS buat semua nya baik, halalan toyibban. Apa yang UMNO buat termasuk lah membangunkan masjid untuk islam, ia nya salah dan tak ikhlas. Rasa-rasa nya PAS ni betul-betul dah dirasuk iblis dan syaitan.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.