..

..

PETUGAS WANITA BN JADI MANGSA KEGANASAN POLITIK DAMAI ALA MAHFUZ BEAN !! #PRKSgLimau

on Monday, November 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Barisan Nasional (BN) kecewa dengan sikap penyokong PAS yang bertindak ganas sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan pada terhadap salah seorang jentera Wanita BN.

Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kejadian itu telah mengganggu perjalanan hari pengundian yang pada awalnya dilaporkan berjalan lancar.

"Petugas wanita BN telah ditumbuk ahli Pas pagi tadi dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku sedang berkempen pun berakhir dengan aman tanpa kacau bilau.

"Kita akan pastikan kes ini dapat perhatian pihak berkuasa supaya tidak jejaskan mood rakyat untuk keluar mengundi," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini, pagi tadi.



Insiden itu dilaporkan melibatkan seorang Pemuda PAS dari pusat daerah mengundi Sedaka dengan ketua wanita UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan.

Selain kes itu, terdapat juga dua insiden sama berlaku di kawasan Titi Batu,  melibatkan seorang ahli wanita UMNO yang hampir bergaduh dengan seorang perayu undi Pas, manakala satu kes lagi melibatkan seorang bergelar 'datuk' dari Kuala Lumpur yang dipukul oleh penyokong PAS menggunakan kayu bendera.



Tambah Mukhriz, insiden tersebut sangat mengecewakan pihaknya sekaligus mencemari semangat politik baru yang digembar-gemburkan PAS sebelum ini.


POLIS  SIASAT KES WANITA BN DITUMBUK PENYOKONG PAS 

Polis Kedah mengesahkan menerima laporan kes berhubung Ketua Wanita UMNO cawangan Bandar Baru Sentul (1C), Norsidah Abu Bakar yang didakwa ditumbuk penyokong Pas ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini hari ini.
 
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis telah menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada pukul 11 pagi ini.
 
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.
 
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi tadi di mana wanita itu ditumbuk di bahagian muka. Kita sedang usaha kesan siapa yang melakukan perkara ini dan wanita itu telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Yan," katanya.
 
Ahmad meminta penyokong kedua-dua parti agar mematuhi arahan polis dan nasihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar.
 
"Polis akan sentiasa bantu SPR agar mereka tidak dikasari mana-mana penyokong semasa menjalankan tugas. Polis sedaya upaya sentiasa pastikan keadaan terkawal di kesemua 17 pusat pengundian," katanya.
 
Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata, beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.
 
Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari Pas yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.
 
"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan.
 
"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera Pas. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya.
 
Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
 
"Doktor menyuntik ubat tahan sakit dan menasihatkan saya supaya kembali ke hospital jika mata saya masih berdenyut dan sakit dalam masa 24 jam ini," katanya yang telah sembilan hari berada di sini untuk berkempen bagi meraih undi di DUN Sungai Limau.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Macam mana Hamidah Gangster dulu mencederakan org2 PAS sampai Lebam , tapi polis tidak mengambil tindakan. Saya ucapkan tahniah kpd org yg menumbuk si gemuk tu.

  2. Anonymous says:

    masih ada org umno yg bodoh. inilah pandangan bodoh dari org umno. Orang sg limau tolak parti pengkianat rakyat (BN). umno sambut Maal HIJRAH dlm kebodohan.
    nasib lu la umno. bodoh dulu kini dan selamanya bodoh sampai kemampus.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.