..

..

PENYOKONG PAS BACUL TUMBUK WANITA UMNO DAH DITAHAN POLIS !

on Tuesday, November 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




- Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini pagi ini, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.
   
Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.
   
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi.
   
"Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.
   
Pagi tadi, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong Pas ketika merayu undi di hadapan sekolah itu.
 
Menyentuh mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Limau 23 Oktober lepas hingga pengundian ditutup 5 petang tadi, katanya sebanyak 155 laporan polis telah dibuat.
   
"Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.
   
Ketika ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini.
   
Katanya hari ini polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti.
   
PRK Dun Sungai Limau hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari Pas.  - Bernama


3 Responses

  1. Dan Kuala says:

    Assalamualaikum Bro,

    Mohon linkkan Blog saya. Selamat Berjuang. Terima kasih.

    nakhodakuale.blogspot.com

  2. Anonymous says:

    CANTEK SUNGGUH AKHLAK PENGANUT PAS...PARTI ISSELAAMMM MALAYSIA !

  3. Assalamualaikum Saudara,
    Mohon linkkan blog saya. Izinkan saya untuk sama-sama berjuang. Terima Kasih.
    http://salatusalatin.blogspot.com/

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.