..

..

PAS P.PINANG BERANG DITUDUH GILA KUASA KERANA HENTAM KERAJAAN DAP !!

on Friday, November 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjadikan Pas sekadar boneka sejak Pilihan Raya Umum 2008 menjadi punca keretakan hubungan antara dua parti tersebut sehingga akhirnya meletus secara terbuka Selasa lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri Perwakilan Pas Pulau Pinang, Mohd. Raduan Ramli ketika menjelaskan kewajaran tindakan Pas negeri memberi kata dua kepada kepimpinan Lim Guan Eng semasa sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda.

Sambil menyelar sikap segelintir pemimpin Pas yang mudah melatah menyalahkan Pas Pulau Pinang, Mohd. Raduan berkata, tindakan itu dibuat demi maruah parti dan bukannya gila kuasa seperti mana didakwa golongan tidak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, kemelut yang melanda Pas Pulau Pinang dengan kerajaan negeri DAP adalah realiti yang perlu ditangani pucuk pimpinan dan bukannya mainan media sebagaimana didakwa pihak tertentu.

"Mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) bagi kita kerusi pemandu tapi stereng mereka hendak kawal. Perkara ini bukan baharu, malah kami sudah laporkan kepada Pas Pusat. Dewan Pemuda Pas Pusat sendiri maklum tentang masalah ini.

"Ini soal maruah parti, bukan soal kami gilakan kuasa. Jadi jangan pemimpin kita pula mudah membuat pelbagai kenyataan tanpa merujuk keadaan sebenar daripada kami di Pulau Pinang. Ini keputusan syura bukan individu," katanya di sini hari ini.

Selasa lalu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof mengejut banyak pihak dalam pakatan apabila memberi kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam.

Selain itu, beliau juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Guan Eng melantik lebih ramai pemimpin Pas sebagai ahli majlis negeri.

Mendedah lebih lanjut, Mohd. Raduan berkata, sejak 2008, hanya tiga kali mesyuarat melibatkan pakatan pembangkang iaitu berkaitan soal manifesto pilihan raya dan bukannya membincangkan masalah yang terpaksa dihadapi Pas negeri.

"Kita tiada platform untuk menyampaikan perkara ini melalui saluran parti menyebabkan kami terpaksa ambil keputusan seperti Selasa lalu dan saya berharap, pihak berkaitan mengambil maklum tentang perkara ini," katanya.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.