..

..

PAKAR IT PAS AKAN SIASAT GAMBAR KEMPEN ANJING

on Tuesday, November 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

 Calon Ketua Pemuda PAS  Zulhazmi Shariff tidak membuat laporan terhadap seorang pengguna Facebook, ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang menggambarkannya sebagai anjing.
“Saya tidak jadi membuat laporan kerana saya menerima panggilan telefon dari pejabat agung PAS yang memaklumkan saya bahawa mereka sedang menyiasat untuk mengenalpasti dalang di sebalik perbuatan ini,” kata Zulhazmi ketika dihubungi.
“Jawatankuasa pemilihan akan menyerahkan kes ini kepada jawatankuasa tatatertib untuk diambil tindakan sekiranya individu tersebut seorang ahli PAS,” tambahnya.
Dia sendiri tidak menyiasat mengenai pemegang akaun tersebut.
“PAS Pusat mempunyai pakar IT sendiri untuk menyiasat perkara ini,” kata Zulhazmi.
Zulhazmi merupakan salah seorang daripada tiga calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS.
Selain Zulhazmi, ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiyat dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kamaruzzaman Mohamad turut bertanding jawatan ketua Pemuda.
Pemilihan Ketua Pemuda PAS Pusat akan berlangsung sempena dengan muktamar PAS ke 59 dari 22 hingga 24 haribulan ini di Selangor.
Semalam media melaporkan bahawa pengguna akaun Facebook ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ memuatnaikkan gambar calon-calon Ketua Pemuda PAS. Zulhazmi, bagaimanapun digambarkan sebagai seekor anjing.
Di bawah gambar tersebut, tertulis ayat berikut:  “Jika anjing-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasharudin Md Isa dan Dr Hassan Ali, menurut sumber FMT.
“Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP…maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian.”
Kenyataan ini menyerupai kenyataan pemimpin PAS yang menyokong ide kerajaan perpaduan PAS-Umno.


One Response

  1. HassanNik says:

    Jangan Pulak Ada Yang Mengatakan Itu UMNO Punya Angkaralah Untuk Melaga-Lagakan PAS Dan Majlis Tertingginya. Boleh Jadi Per!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.