..

..

NAK MENANG PRU14 , INI DIA KUNCI UTAMANYA YANG PERLU UMNO/BN BUAT ! @NajibRazak @azwanbro

on Saturday, November 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nak menang PRU 14 ... ini dia  kunci utamanya .... 

Dap menerusi  YB Wong Shui Qi  ,  ADUN Senai   merupakan seorang daripada berpuluh lagi ADUN dan MP DAP yang bergiat aktif membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan mereka. 

Dia tak  duduk oun di dalam pejabat berhawa dingin sebaliknya  menunggu orang untuk mendaftar sebagai pengundi dan sekaligus tertarik untuk mendaftar  ahli /menyokong  Dap .


UMNO /BN ??  

Harap yang menang jawatan pemilihan lepas  tu terus buat kerja daftar pengundi ini  .. janji anda untuk kuatkan parti perlu dikotakan , jangan hanya sekadar retorik. 

 GPB cadangkan  mulakan dulu dengan daftar pengundi dikalangan ahli Pemuda /Puteri UMNO  dulu . Tak guna ada ahli jutaan orang tapi TAK jadi pengundi . 

Kalau tak reti , tanya kepada  Sdr  Azwan Bro , NKP Pemuda UMNO sekarang bagaimana beliau buat &  berjaya daftarkan lebih 14 ribu ahli Pemuda UMNO di Perak sebagai pengundi sebelum PRU13. 

Jadikan daftar pengundi baru ini sebagai KPI setiap bulan setiap bahagian UMNO .

Ini kerana kemenangan PAS-PKR di kerusi ditandingi UMNO  banyak dibantu  faktor undi pengundi luar kawasan seperti contoh di PRK Sg Limau khusus PDM Bkt Besar. 

Kalau tiada pengundi baru  yang telah  melepasi umur 21 tahun bermastautin di situ  , bagaimana kita hendak lawan undi pengundi luar yang bila balik mengundi akan sokong pembangkang  ?? 

Ini yang perlu difikirkan selain terus berkhidmat & membuat kebajikan kepada rakyat akar umbi.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.