..

..

Mengapa Guan Eng takut ulas rombongan Exco + Isteri ke China guna duit rakyat ??

on Thursday, November 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan mengulas lawatan rombongannya bersama beberapa exco kerajaan negeri ke China minggu lalu.

Beliau yang diminta media untuk menjelaskannya hanya berkata, ia ‘urusan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan’ yang membabitkan beberapa exco.

“ Ia adalah urusan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan yang mana mesyuarat itu dianjurkan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang. Perbelanjaan (untuk ahli exco ) dibayar oleh kerajaan negeri.

“Kita semua dijemput untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang diadakan di China. Lain-lain, tidak perlu saya beri komen,” katanya kepada media hari ini.

Ditanya mengapa ahli exco turut ditemani isteri masing-masing dalam lawatan 4 hingga 9 November itu, Guan Eng berkata, ia adalah mengikut di bawah "protokol kerajaan".

“Ini bukan isu, biasalah kalau pemimpin pergi keluar negara untuk menghadiri mesyuarat. Ia bukan satu isu. Lagipun rombongan itu turut disertai Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan ia urusan rasmi.

“Kita boleh keluarkan butir lawatan itu secara terperinci nanti. Ini kerana, sebelum berlepas ke sana (China), kita dah umumkan. Lagi pun, ini bukan pertama kali lawatan rasmi seperti ini dibuat, sebelum ini pun ada, mengapa kali ini nak dijadikan isu?,” katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerana selama ini beliau pun sangat suka memulakan sesuatu isu.

  2. Anonymous says:

    bukan mau jadi isu maa......sbb lu org pegi enjoy sana pakai wang rakyat maa.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.