..

..

LEPAS HENTAM KHAIRY , KINI BERSAMA ANAK LIBERAL PKR ??

on Wednesday, November 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Dulu CT hampir menjayakan konsert anjuran kerajaan DAP  tapi bila dihentam teruk penyokong kerajaan , beliau telah menarik diri .  Kali ini dia menghentam Menteri kerajaan BN pulak iaitu KJ kerana balun  FAM yang kebal kritikan .

Lepas tu pulak gambar dia  dengan anak liberal pemimpin agung PKR iaitu Nurul Izzah ...

Ada apa-apa ka ??




 Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza hari ini menegur cara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang disifatkan sebagai biadap apabila secara lantang mengkritik orang yang lebih tua daripadanya.

 "Sebagai menteri muda & being look up rasanya KJ perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah.

 Lantang tak perlu biadap dengan yang lebih tua," demikian status Twitter penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan. Teguran itu ada kaitan dengan kenyataan-kenyataan KJ mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak kebelakangan ini termasuk mengaitkan bekas skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir sebagai 'budak suruhan' persatuan sukan itu.

 Sebelum itu, KJ membidas Nasir yang didakwa membela FAM dan berpendapat orang luar jangan campur tangan dalam 'peperangan' beliau dengan FAM. “Jika beliau (Jamal) bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur.

 Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia kelmarin.

 Bagaimanapun, Jamal menafikan beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM seperti didakwa Khairy, sebaliknya menegaskan yang tindakannya hanya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap menteri muda itu yang berterusan mengkritik FAM.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Berhemah sangat la KJ ni....blogger yang kalau boleh cakap dengan dia ni...nasihatkan lah dia ni sikit....dah macam jadi liabiliti pulak dalam kerajaan Tok Najib.....

    Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.....

    Jangan jadi kaduk naik junjung....

  2. Anonymous says:

    Cuba tengok baik baik gambar CT dengan Nurul Izzah. CT belum lagi pakai tudung. Saya yakin gambar itu gambar lama. Apa pun apa salahnya CT bergambar dengan Nurul Izzah. Walaupun mungkin berbeza pegangan ideology politik tapi mereka tetap bersaudara seagama Islam dan berbangsa Melayu.
    Kritikkan CT kepada KJ berdasarkan keceluparan Si Kaduk naik junjung tu, bukan sengaja diada adakan!

  3. Anonymous says:

    Tolong datang ke blog ni sat... dan tolong bantai apa yang terbuku di hati tu ye....

    http://dinturtle.blogspot.com/2013/11/isu-siti-balun-kj-isu-adab-sopan-bukan.html

  4. Anonymous says:

    Gambar lama la...

  5. Anonymous says:

    SETUJU anon 6:20pm!

    GERAMNYA! Tengoklah EVANGELIS Star MENGAGUNGKAN kemenangan puak Islam/Melayu LIBERAL - dan si JAGUH liberal BONGKAK KP pula, menuduh seolah yg. mencabarnya, sebagai “berhaluan kanan" (right wing)- seolah pelampau 'rasis'lah tu! Jadi itukah maksud sebenar si liberal ini, seolah kalau memperjuangkan agenda Islam/umatnya termasuk hak BUMIPUTERA Islam/Melayu dgn. amat TEGAS; cthnya PERKASA, adalah puak "pelampau rasis"?! Nampaknya KP ini tak boleh diTEGUR, apalagi oleh yg. lebih tua dan konservatif; yg. tak LIBERAL mcm. dia!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/13/Umno-polls-khairy-liberal.aspx, Umno polls: Liberal, progressive agenda has prevailed, says Khairy , by rahimy rahim AND rashvinjeet s.bedi , October 13, 2013:

    KUALA LUMPUR: Re-elected Umno youth chief Khairy Jamaluddin said his progressive and liberal agenda has been endorsed by the grassroots.

    He said that if the grassroots did not accept the agenda tha he brought along, it would be reflected in the results, pointing out that his opponents used a regressive agenda.

    "If I wanted to win comfortably, I could have used a right-wing formula. I wanted to show that you can be a progressive and win in Umno," he said during a press conference at PWTC.

    He added that the progressive agenda had to start with the youth who would one day bring the party forward.....

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).


  6. Anonymous says:

    bkn ct hentam kj tu, cuma beri pandangan . supaya lebih berbahasa bila berurusan dgn org2 lama. Pak menteri pun asalnya rakyat biasa juga yg pilih.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.