..

..

KUCING KURAP : JEFF OII DIBOIKOT JIKA TAK MOHON MAAF KAKITANGAN MPPP

on Tuesday, November 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berhasrat 'memboikot' semua lawatan rasmi Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi ke tempat-tempat awam selagi wakil rakyat DAP itu enggan memohon maaf berhubung isu penggunaan perkataan 'kucing kurap' terhadap penjawat awam di negeri ini.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) Cawangan Pulau Pinang, Saleem Sulaiman berkata, keputusan tersebut akan dimuktamadkan dalam mesyuarat khas pihaknya pada Rabu ini.
Menurutnya, Anulae amat kesal dengan kenyataan Jeff itu yang dianggap penghinaan terhadap penjawat awam.

"Kami buat keputusan tidak mahu menyertai mana-mana lawatan yang dibuat Jeff ke tempat-tempat awam selagi dia tidak minta maaf kepada kakitangan awam di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, seorang kakitangan awam MPPP 'menyerang' Jeff di Pasar Awam Jelutong kerana tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.

Kakitangan terbabit, Mohd. Rofi Osman, 58, mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Saleem memberitahu, berdasarkan maklum balas yang diterimanya, kenyataan Jeff itu telah melemahkan semangat hampir semua kakitangan MPPP.

"Mereka kini sedia untuk bertindak selepas kenyataan Jeff yang dianggap menghina mereka.

"Apatah lagi ketika bertugas di tempat awam, ada yang menyindir mereka dengan bunyi kucing," ujarnya.

Beliau menjelaskan, sebagai kakitangan awam, mereka patuh dengan arahan yang diberikan oleh ketua masing-masing.

"Kadang kala ketua jabatan sibuk dengan tugas dan tidak dapat mengikuti lawatan ke tempat-tempat awam dan terpaksa menghantar pegawai sebagai wakil.
"Pegawai-pegawai ini kemudiannya balik ke pejabat dan membuat laporan lalu menyerahkannya kepada ketua masing-masing," jelasnya.

Sehubungan itu katanya, menghantar pegawai pangkat rendah sebagai wakil ketua jabatan bukannya perkara baharu dalam kalangan penjawat awam.



One Response

  1. Anonymous says:

    Ajar sikit china bangsat ni!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.