..

..

Jom tengok PAS baru sedaq jadi macai DAP di P.Pinang !!

on Tuesday, November 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KENYATAAN MEDIA
Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang

Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato’ Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-

1.      Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Dato’ Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.

2.      Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.

Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

3.      Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).

Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat.
Ia sangat dikesali.

4.      Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Sehingga kini, TIADA mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.



Tuntutan / ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-

1.      Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulama, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam Kerajaan Negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

2.      Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama  yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.

3.      Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

4.      PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.

5.      PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

6.      Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.




Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-

1.      PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh Kerajaan Negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

2.      Sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam Kerajaan Negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.

3.      PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta  meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.

PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam Kerajaan Negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.


Sekian, terima kasih.


Mohd Fauzi b Yusof
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS P.PINANG


One Response

  1. Anonymous says:

    SYUKUR ALHAMDULILLAH kalau PAS boleh TEGAS mcm. ni kpd. KAPIR DAJAL BINATANG-BINATANG BUAS-Musuh Islam/Melayu, termasuk si kapal-KURAP-DAPBANGKAI ini! Dan NYAHkan puak LIBERAL PENGKHIANAT mahupun kongres KAPIR-KURANG-AJAQ dr. PAS! Biarlah juga PAS BERSATU dgn. UMNO, utk. TUMBANGkan si KAPIR DAJAL yg. makin BUAS dr. DAPBANGKAI/PKR!

    MATRADE, MITI, MIROS, MIMOS semuanya diKUASAI si KAPIR - inilah BALANYA! Patutlah juga umat Islam/Melayu kita makin sakit macam-macam; disyaki diRACUN NAJIS BABI! KURANG AJAQ betul; Cina S'pura dan dr- China pun buat Tanah Melayu Islam kita ini sbg. tanah KANDANG BABI mereka - lihat di http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/11/alasan-miros-lupus-kenderaan-melebihi.html, Alasan MIROS Lupus Kenderaan melebihi 12 tahun kerana Malaysia Menuju Negara Maju Tapi Kandang Babi?, Sungai Rapat Tuesday, November 19, 2013!

    Itulah asyik jual TANAH PUSAKA kita ini kat KAPIR termasuk dr. S'pura, Taiwan, Hong Kong dan China!

    Bahkan NAJIS BABI kerap dilepaskan, disyaki oleh GENG KONGSI GELAP CINA, disyaki di taja oleh si KAPIR DAPBANGKAI/PKR, ke sawah-sawah dan sungai-sungai utk. MENGHAPUS-MERAMPAS kpg-kpg SAWAH PADI dan NELAYAN PUSAKA nenek-moyang kita yg. berzaman, terutamanya di P. Pinang!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.