..

..

Jawapan KPN dakwaan 30 SB bazir duit rakyat dihantar ke London !!

on Monday, November 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Jangan nak main cakap saja.Sekarang ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kena buktikan dari mana beliau dapat angka itu.
Malah sewaktu Ahli Parlimen Lembah Pantai ini membangkitakan dakwaan Polis Diuraja Malaysia (PDRM ) ada menempatkan 30 orang anggota polis cawangan khas ramai yang merasakan ia tidak masuk akal.
Soalnya apa yang mereka nak buat.Lagipun London merupakan sebuah tempat yang tidak ada risiko keselamatan.
Apakah mereka nak mengintip ramai rakyat dan pelajar Malaysia di sana.Apa bendanya yang nak diintip.
Pagi Sabtu,jawapan dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri boelh buat Nurulk gigit jari.
Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Bukit Aman hanya menyifatkan dakwaan anak Ketua Pembangkang itu sebagai ,"Sesetengah orang mempunyai imaginasi yang lebih."
Katanya jumlah itu ada terlalu besar dan tidak munasabah.
Menurut Khalid apa yang didakwa oleh Nurul Izzah itu tidak benar.
Ketua Polis Negara mengakui ada anggota SB ditempatkan di sana tetapi jumlahnya adalah kecil.
Katanya polis tidak merancang ambil apa-apa tindakan terhadap Nurul  Izzah kerana ia membazir masa siasat perkata yangb tidak betul.
Nurul Izzah membuat dakwaan itu di satu forum di Bangsar baru-baru ini.
Beliau cuba menimbulkan pandangan negatif terhadao kerajaan dengan mendakwa  kos menempatkan kontinjen SB di London dibiayai oleh dana awam itu satu pembaziran.
Sebelum ini perbuatan beliau bercakap soal penempatan SB itu telah mencetuskan kecaman dikalangan para pemimpin Barisan Nasional.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim antara lain berkata  PKR tidak perlu mempertikaikan usaha kerajaan untuk menempatkan berapa saja anggota SB dimana pun.
"Saya kalau dari segi keselamatan, kalau kita perlukan 60 orang pegawai SB dari segi keselamatan, maka 60 oranglah, kalau 30 orang, 30 oranglah, mereka hendak intip ke apa ke, itu kita tidak tahu. Itu tugas mereka...
Shahidan  menilai Nurul Izzah sengaja mempertikaikan tindakan itu semata-mata mahu mempolitikkan isu tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.
"Pembangkang di negara ini sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak berkepentingan.
"Pihak berkuasa harus menyiasat bagaimana Nurul Izzah tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu adalah rahsia strategi keselamatan negara,” katanya.-16/11/2013


One Response

  1. Anonymous says:

    PKR kalau dah dasar penipu mereka hanya memfitnah lepas itu lepaskan kepada pihak kerajaan untuk bertungkus lumus menjawab membohongan mereka. Itulah taktik gerila dan pengganas yang sengaja mau bikin kacau untuk alih perhatian kelemahan mereka.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.