..

..

JAWAPAN KERAJAAN UNTUK PR PERTIKAI PENGGUNAAN JET PERIBADI PM

on Tuesday, November 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain.
"Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang).
"Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa 'charter' sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat Isnin.

Depa tuduh naik pesawat peribadi membazir , depa naik tak pa ..

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara.
Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.
Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara.
Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.
Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
"Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?," katanya.


Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan.-18/11/2013


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Pakailah duit sendiri kalau nak naik kapalterbang seorg diri. Pakai duit rakyat secara berhemah.

  2. Anonymous says:

    Saya rasa kalau setakat isteri PM atau isteri TPM buat lawatan rasmi ke luar negara setakat "point to point" sahaja iaitu dari Kuala Lumpur ke hanya satu tempat di luar negara yang ada perkhidmatan MAS, ok kut kalau naik penerbangan MAS, itu pun kalau bersesuaian dengan flight schedulenya. Lawatan yang melibatkan "multiple points" susahlah sikit nak naik MAS. Kita kena practicallah sikit.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.