..

..

GUAN ENG SALAHKAN MEDIA PUTARBELIT KENYATAAN PAS NEGERI !

on Thursday, November 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pas seolah-olah diarah tutup mulut berhubung kemelut yang sedang melanda parti itu dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, dalam perbincangan dengan kepimpinan tertinggi pembangkang Pulau Pinang hari ini, semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara dalaman dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.

Seperti lazim, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyalahkan pihak media yang didakwa memanipulasi serta memutar belit kenyataan yang dibuat Badan Perhubungan Pas negeri semalam.

"Semua setuju berbincang. Perselisihan pendapat itu perkara biasa dan kami memberi ruang untuk menyuarakan pandangan berlainan tapi ada kalanya kenyataan itu menjadi mangsa manipulasi jahat pihak media," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.



Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Dalam sidang akhbar tersebut, pihak media tidak berpeluang mengemukakan soalan apabila Guan Eng terus beredar atas alasan perlu menghadiri mesyuarat.

Semalam Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Ancaman itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff selepas beberapa surat yang dihantar kepada kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendapat jawapan.

Tuntutan-tuntutan itu ialah tiada campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sementara itu, Mohd. Salleh seolah-olah cuba menjaga hati sekutunya, iaitu DAP apabila menyangkal dakwaan berlaku campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini.
Menurut beliau, pihaknya akan mengkaji secara teknikal dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak media terbabit jika tiada sebarang permohonan maaf diterima.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.