..

..

GELAR KUCING KURAP PENJAWAT AWAM BUKTI SIKAP BIADAP MELAMPAU DAP @dzainalabidin

on Tuesday, November 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menyamakan penjawat awam dengan kucing kurap adalah sangat melampau malah ini bukan kali pertama pemimpin DAP menghina penjawat awam.
Tegas beliau, Jeff Ooi perlu memohon maaf di atas keceluparannya itu kerana ianya berbentuk satu penghinaan yang keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekaligus menonjolkan sikap sebenar ahli parlimen tersebut yang biadap dan tidak tahu menghormati orang lain.
“Penghinaan ini mengguris hati penjawat awam khususnya kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Mungkin pihak yang dia (Jeff Ooi) gelar kucing kurap ini lah yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke -13 sehingga DAP mampu untuk terus kekal di Pulau Pinang.
“Jangan disebabkan dia memegang jawatan Ahli Parlimen dia rasakan boleh berbuat sesuka hati. Jeff Ooi perlu sedar bahawa apa yang Pulau Pinang ada pada hari ini adalah kerana jasa MPPP sebagai penyumbang utamanya.
“Sejarah telah membuktikan bahawa MPPP dan MPSP pernah diiktiraf sebagai antara pihak berkuasa tempatan yang terbaik di Malaysia sejak zaman BN memerintah di negeri ini lagi.
“Jadi, siapa Jeff Ooi yang mahu menggesa Yang Dipertua MPPP untuk meletak jawatan…,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh yang demikian jelas Zainal, selain daripada Jeff Ooi harus memohon maaf Ketua Menteri Lim Guan Eng juga dicabar untuk mengkaji tindakan sewajarnya di atas kebiadapan melampau ini.
Sekiranya Guan Eng terus berdiam diri tambah beliau lagi maka ini membawa makna beliau juga turut senada dan bersetuju dengan sikap kurang ajar pemimpin DAP ini.
Sebelum ini pemimpin DAP yang lain pernah menghina penjawat awam apabila membuat dakwaan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam. - MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Dimana Datuk Omar presiden CUPEKK???Takkan asyik nak minta naik gaji dengan bonos saja sehingga penjawat awam dihina pun tak dibela. Dengan kerajaan BN bukan main garang. Maruah pekerja yang dihina tak dibela. Kalau tidak ada tindakan juga terhadap DAP, baik letak jawatan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.