..

..

FAKTA TENTANG SYED MOKTAR VS TUDUHAN TAMAK HALOBA ANWAR

on Friday, November 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Adakah ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mokthar Al-bukhary seorang yang zalim sehingga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau kerap menghentamnya terutama di Parlimen?
Biasanya, orang kena hentam disebabkan sikapnya yang jahat, zalim atau menganiaya orang.
Namun, dilihat sumbangan Syed Mokhtar memberikan kemudahan dan perkhidmatan pada jumlah manusia di negara ini, jasanya amat besar.
Beliau satu-satunya Bumiputera yang menjadi majikan secara langsung kepada 110,000 pekerja di negara ini.
Ini bermakna kalau Syed Mokhtar ini ‘lingkup’ ada 110,000 keluarga yang terumbang-ambing dan hilang pekerjaan.
Beliau mempunyai kepentingan dalam banyak perniagaan, tapi adakah beliau mengadai kepentingan Melayu atau Bumiputera melalui syarikat-syarikat itu sehingga digambarkan seolah-olah sangat zalim oleh pembangkang?
Dalam hal ehwal kebajikan Syed Mokhtar antara dermawan yang tidak pernah lokek memulangkan semula kekayaannya kepada masyarakat melalui Yayasan Al-Bukhari.
Sebut saja jenis sumbangan, dari membayar yuran tuisyen kepada anak-anak orang miskin, buat masjid, sehinggalah membina universiti di Alor Setar.
Banyak orang lupa bagaimana beliau bermula.
Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary tulisan Premilla Mohanlall sepatutnya dijadikan rujukan yang secara jujur menggariskan bagaimana beliau yang tidak berpelajaran tinggi mula berniaga secara kecil-kecilan di Kedah.
Bukan rahsia perniagaan pertamanya jual beli lembu sebelum menubuhkan syarikat beras dengan jenama Al Bukhary hasil perkongsian dengan dua orang Cina tetapi beliau memegang saham majoriti.
Itu dulu tetapi beliau kini mempunyai kepentingan dalam konglomerat MMC, DRB-Hicom
Bagaimanapun, Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini cuba menggambarkan Syed Mokhtar sebagai seorang individu tamak, hanya kerana beliau mahu menyah-senarai syarikat beras negara, Bernas dari Bursa Saham Malaysia.
Dalam kata mudahnya, Syed Mokhtar mahu membeli semua saham Bernas dan menjadikan syarikat tersebut syarikat sendirian berhad.
Eksasais korporat ini bukan perkara baru dalam dunia perniagaan Malaysia.
Taikun Tan Sri Ananda Krisnan pernah melakukannya melalui Maxis. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan melakukan ‘pembetulan’ pada syarikat sebelum menyenaraikan semula di pasaran saham.
Biasanya syarikat-syarikat yang dinyah-senaraikan akan bertambah teguh selepas senaraikan semula.
Persoalannya, kenapa Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan bising sangat berhubung cadangan tersebut?
Penyah-senaraian atau delisting oleh Bernas  ini dilaksanakan mengikut listing requirements yang digariskan oleh Bursa Malaysia dan Malaysian Code on Takeovers and Mergers 2010 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Walau bagaimanapun, delisting Bernas  tidak akan memberi kesan ke atas mandat kerajaan kepada Bernas berkaitan obligasi sosial dan kepentingan kepada rakyat khususnya golongan petani.
Ini kerana Bernas  masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.
Sejak Syed Mokhtar mengambil-alih Bernas pada 1994 sampai sekarang masih dalam pegangan orang Melayu walaupun sudah lebih 17 tahun pengambil-alihan.
Central Sugar Refinery (SCR) yang mengeluarkan gula pun masih dalam pegangan beliau.
Nampaknya, Anwar cuba mengaitkan pengambil-alihan BERNAS dan keputusan  menghapuskan subsidi gula kononnya untuk mengayakan kroni.
Secara jujurnya, langkah pemansuhan berkenaan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun ini dan RM551.25 juta pada 2014.
Walaupun subsidi sudah dihapuskan, peniaga tidak boleh menaikkan harga gula sesuka hati melepasi RM2.84 sekilogram yang ditetapkan kerana ia masih dikategorikan sebagai barangan kawalan.
Tidak timbul soal mengayakan kroni kerana sebelum subsidi dihapuskan, ia ditanggung kerajaan dan kini rakyat membayar terus melalui pemansuhan tersebut.
Memanglah harga gula di Thailand lebih murah tetapi negara itu adalah pengeluar utama gula mentah dunia.
Negara pula hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula untuk keperluan domestik dan memerlukan kira-kira 1.3 juta tan setahun.
Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah.
Kini terdapat empat buah kilang memproses gula iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd  (CSR) di Shah Alam dimiliki oleh Tradewinds yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dan Gula Padang Terap Sdn Bhd di Kedah yang dimiliki Felda Global Ventures (FGV) masing-masing memegang 45% kuota import gula mentah.
Manakala Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) di Prai, Pulau Pinang dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd di Chuping, Perlis milik penuh FGV memegang 55% kuota.
Sesungguhnya Felda Global Ventures kini adalah Raja Gula Malaysia menggantikan legenda Keluarga Kuok yang melepaskan kesemua kepentingan perniagaan gula kepada Tradewinds dan FGV.
Berdasarkan kesimpulan di atas, adalah menghairankan kenapa kejayaan beliau dijadikan sasaran pembangkang.
Sebelum Syed Mokhtar ambil Bernas, kita maklum banyak ketirisan dalam syarikat tersebut.
Pembangkang juga bising pasal ketirisan tapi bila orang Melayu memegang kepentingan dan tak berlaku ketirisan,pelik juga memikirkan apabila kejayaan Syed Mokhtar menyakitkan hati pemimpin pembangkang.-21/11/2013 -BNBBC.MY


8 Responses

  1. Anonymous says:

    sudah ku katakan..bandingkan yo bandingkan..
    antara syed dan juga anuwar..
    siapakah dia..siapakah dia yg nolong bangsa..nolong bangsa...
    dan juga siapa..juga siapa yg hartawan tanpa gigih usaha...
    hanya bergantung politik jalanraya....
    syed punya hati...syed punya hati nolong bangsa sendiri...
    anuwar punya hati pelingkup negara demi kepuasan sendiri..ole ole oo..
    ole ole ooo.....

  2. Anonymous says:

    Si celaka anwar ni telah menjadi alat dap untuk memusnahkan ekonomi melayu. Usahawan melayu yg hanya segelintir ni pun sangat dibenci dan cina dap berusaha nak jatuhkan melalui perantaraan kuasa politik. Anwarlah yang digunakan mereka selain pemimpin pkr dan pas.

  3. Anonymous says:

    kami berbangga Dgn Syed Mokhtar.Satu2 bumiputra yang menabur jasa p[ada anak bangsa.
    Bukan macam si celaka lahanat anuar ibrahim.perosak islam dan bangsa sendiri,
    Hanya parti laknat pasdapigs saja yang berbangga mempunyai manusia lahanat seperti aljuburi

  4. Anonymous says:

    Anwar memang jahat. Lebih teruk dari Firaun. Inilah orang Melayu yang hancurkan orang Melayu. Robert Kuak pegang lesen gula tak diserangnya. Allah maha kaya kita tengok apa episod pada Anwar and the gang nanti. Pasti Allah bayar cash.

  5. Anonymous says:

    Nuar bukan saja jubur busuk tetapi juga perut busuk.......

  6. Anonymous says:

    Tidak ada satu pun kebaikan yang ada dalam diri Anwar Ibrahim(AIB). Dia merupakan wakil FREEMASON dalam Asia yg disingkir dari jawatan timbalan perdana menteri hasil dari kerja Mat Sabu dan Karpal Singh yang mensensasikan perangai liwat Anwar di media. Terima kasih pada hasil kerja mereka berdua menyelamatkan Malaysia dari menerima kaki liwat tak kira pompuan dan lelaki atau bini dan suami orang menjadi Perdana Menteri mengantikan Dr Mahathir. Allah maha besar...takbir...ALLAHUAKHBAR.

  7. Unknown says:

    KITA MAHU MELIHAT 1000 LAGI SYED MOKHTAR DI NEGARA INI YANG DAPAT MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN UMMAH.....SAORANG ANWAR SUDAH SUDAH LEBIH DARI MENCUKUPI KERANA IA ADALAH MAKHLOK PEROSAK. YANG AMAT MERBAHAYA UNTUK UGAMA , BANGSA DAN NEGARA.....

  8. Anonymous says:

    Syed dia tu Syed celup , golongan syed pun kata depa rasa syed to syed celup

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.