..

..

BAGAIMANA NURUL IZZAH TAHU 30 ANGGOTA CAWANGAN KHAS BERTUGAS DI LONDON ?

on Wednesday, November 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



PKR tidak perlu mempertikaikan usaha kerajaan untuk menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sengaja mempertikaikan tindakan itu semata-mata mahu mempolitikkan isu tersebut.

"Saya kalau dari segi keselamatan, kalau kita perlukan 60 orang pegawai SB dari segi keselamatan, maka 60 oranglah, kalau 30 orang, 30 oranglah, mereka hendak intip ke apa ke, itu kita tidak tahu. Itu tugas mereka...

"Contoh kalau saya dibenarkan untuk menggunakan SB untuk menyiasat, mungkin saya menghantar 60 orang, buat apa 30 orang?," katanya kepada AntaraPos ketika ditemui tadi di Parlimen.


Shahidan dalam pada itu membidas Izzah yang padanya telah membocorkan strategi keselamatan negara.

Beliau kemudiannya mahu siasatan diadakan bagi mengesan bagaimana Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengetahui rahsia sulit keselamatan negara.

"Dia (Izzah) kene dedahkan, kalau dia tidak dedahkan, dari mana dia dapat maklumat itu?
"Dan kita akan minta pihak keselamatan negara ambil tindakan bagaimana dia  dapat kebocoran maklumat sedemikian rupa?," katanya.

"Dia boleh bocor macam-macam tetapi kebocoran keselamatan negara, dia tidak boleh main-main, ini soal keselamatan, mana boleh orang tahu sampai ada 30 pegawai SB di London dan orang SB sendiri pun mereka tidak tahu ada berapa SB.


"Yang tahu ini mungkin peringkat-peringkat atas saja, kebocoran ini perlu diambil tindakanlah, kalau kita diam juga, negara ini baik kita jual pada oranglah sebab mana kita pergi pun orang tahu, tetapi apabila Nurul Izzah pergi mana-mana saya tidak tahu? Jadi pelik pula dia boleh tahu orang pergi mana," katanya.


Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata Izzah tidak sewajarnya sentiasa menanggguk di air yang keruh lebih-lebih lagi melibatkan isu keselamatan negara.

"Perkara ini mudah, kalau kita tidak salah, jadi kenapa kita takut? Walaupun sampai 100 orang datang mengintip, apa jadi masalah walaupun kita rasakan diri kita rasa betul, kita tidak mendatangkan curiga kepada mana-mana pihak.

"Jadi ini satu perkara yang mudah tetapi sebab dia (Izzah) ini orang politik, dia cuba politikkan perkara ini," katanya.

Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Izzah berkata kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

Beliau selain itu berkata mendapat tahu tentang saiz kontinjen di London itu selepas meneliti laporan Rancangan Malaysia ke-10, laporan bajet tahunan dan jawapan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, kontijen tersebut itu merupakan satu lagi contoh pentadbiran kerajaan yang gagal menggunakan sumber manusia pasukan keselamatan secara efektif bagi menangani jenayah.


Ini kerana, katanya, tugas utama polis yang ditempatkan dalam cawangan khas adalah untuk melakukan intipan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, kes jenayah yang bertambah dapat diselesaikan sekiranya anggota cawangan khas ditukarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID).



*** dulu depa dedahkan pasal Kapal Selam Scorpene kita kepada seluruh dunia ...hari ini Spy hebat Malaysia iaitu SB pulak nak dilondehkan Nurul Izzah anak Anwar ... 

Hang ni sudah serupa pengkhianat negara.. habis semua hang nak bocorkan kepada semua orang ..


8 Responses

  1. Anonymous says:

    Awat anak papahebat ni takut sangat dgn SB ?? Ce..ce..citer

  2. Apasal nak kecoh2 30 ke 1000 ke apa masalahnya... biar diaorg buat keje dan mereka ditempatkan disana untuk kebaikan negara bkn tuk main2 so apa masalahnya... yang pegi buka semua tu pasal pa org yang x tahu selama ni dah tahu semua... dasar x sedar diri duduk malaysia pertikai semua tindakan... agak2 la

  3. Anonymous says:

    atau SB dah takut dengan dia....

  4. Anonymous says:

    Jawapannya dia ni B.O.D.O pianggg!!!!! semua nak londehkan..

  5. Anonymous says:

    Perkara senang untuk ditafsirkan.. Nurul Izzah nak kerajaan respon dan sahkan tentang perkara ini dan pada masa sama org luar akan tahu dah maka dgn itu rahsia kerajaan telah pun terbongkar. Kalau kerajaan tak bagitau Nurul Izzah akan kata kerajaan abiskan duit rakyat. makan dua sekali tu.. tapi kerajaan bijak sbb tak dedahkan. Perkara sama yg dia buat masa DAP bising sbb Malaysia beli peralatan perang.. Singapura beri komen yg malaysia tak patut beli alatan tu sbb kononnya beyond kapasiti tapi pd masa sama singapura beli juga dan lebih lagi. Tiba2 DAP bising.. TENGOKLAH SENDIRI DAN FIKIR CONNECTION BETWEEN THEM

  6. Anonymous says:

    she is an idiot like the 3 idiots in the Hindi movie except the 3 idiots in the movie are portrayed as real smart but in her case she is a bloody idiot

  7. Ketelusasn yang dimulakan oleh Tun Lah dan diamalkan doleh Najib...dipergunakan oleh pembangkang...hebatlah malaysia ni..

  8. Anonymous says:

    Semakin lama BN telah menunjuk kemampuannya dalam melaksanakan semua progaram-program demi kemajuan dan kemakmuran rakyat dan negara. Sebab itu la seboleh mungkin mereka dalam PR terpaksa timbulkan apa saja isu yang boleh menanamkan kebencian rakyat pada BN. Itu saja, buka usah sangat nak faham pun. Sebab kalau ikutkan pembangkang dari sejak merdeka hingga sekarang, nescaya Malaysia tak ada apa-apa untuk dibanggakan... semua membazir belaka.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.