..

..

TORA-TORA SAHKAN DIA TANDING KETUA PEMUDA UNTUK SENANG MEROYAN BALUN MENTERI !!

on Tuesday, October 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





'Perubahan peraturan' berkempen di saat-saat akhir menimbulkan perasaan tidak puas hati calon ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, yang berdepan tugas getir menentang penyandang Khairy Jamaluddin.

Mempersoalkan keabsahan tindakan itu, Syed Rosli berkata, keputusan itu bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dianggap sama dengan DAP yang berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.

"Jikalau Umno boleh pinda perlembagaan sesuka hati,maka jangan kutuk DAP jika kita tak ikut perlembagaan.

"Sama sahaja seperti DAP yang melanggar perlembagaan sendiri. Jangan sampai orang ramai kata Umno sama dengan DAP dua kali lima," kata Rosli.

Beliau berkata, beliau sudah bangkitkan perkara itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno dan jika tiada tindakan diambil, perkara itu akan dipanjangkannya kepada ROS.

Ditanya kenapa beliau tidak kisah dengan tindakan sama apabila menteri berkempen untuk calon BN, beliau berkata akar umbi tidak mempunyai peluang menyatakannya.

"Saya sebagai ahli akar umbi tiada peluang dan ruang untuk menyuarakan bantahan tentang salah guna kuasa menteri, untuk kepentingan politik dan peribadi.

"Apa yang masyarakat, rakyat dan ahli bawahan pandang ialah ia salah guna politik. Sekarang saya bertanding ketua Pemuda Umno, saya boleh bangkitkan," katanya.




** Kalau itu je alasan senang balun menteri oleh tora-tora yang hanya level cawangan ini untuk tanding Ketua Pemuda, calon ini patut ditolak  oleh perwakilan Pemuda pada 12 October ini .

Malaysiakini syok la kutip citer tora-tora ini sebab dia menghentam sana sini , dia seorang je yang betul   ... orang macam ni nak disokong ?? 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bukan sebab dia rasa dia sorang saja betul tapi adakah yang disuarakan itu betul dari sudut perlembagaan parti.
    Kalau UMNO tidak bersedia untuk terbuka, ia hanya akan tertutup untuk ahlinya sahaja. Cuba cari perangkaan ahli umno berbanding dengan bilangan Melayu dewasa di Malaysia, anda akan dapati lebih ramai Melayu dewasa memilih tidak menjadi ahli umno dan mereka ini mengundi...pilihan ditangan ahli umno,...menang PAU kalah PRU...

  2. Anonymous says:

    sekarang berebut rebut nak bertanding jawatan sebab dah tahu besar mahsyuk buka nak perjuangkan nasib rakyat hanya umno dulu2 je ikhlas

  3. Anonymous says:

    ini satu hal lg,, mak sibuk dgn pemilihan MT, tp anak sibuk nak menipu org..apekejadah?

    ''dengar anak kepada calon ni, mempunyai 2 lagi rakan perniagaan dan salah seorangnya pula merupakan calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala juga tak mahu nak sebut siapa tapi calon EXCO Pemuda ni dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur''..

    ''Pelabur akan memegang syer sebanyak 50 peratus, anak kepada calon dan calon EXCO Pemuda tadi masing masing 5 peratus dan presiden persatuan tadi sebanyak 40 peratus dan mereka yang memegang syer 5 peratus tadi akan diberikan wang tunai sebanyak 100 ribu seorang dan keuntungan perniagaan setiap tahun mengikut nilai syer''.

    PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
    Dapat geran RM10 juta dari Kementerian Sumber Manusia 8 bulan lepas, geran utk bagi training. Masa tu Datuk Maznah adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.
    Anak lelaki beliau ada share dalam Puncak Idia Bersatu. Sekarang semua partner bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur supaya anak dia dapat majority share instead of 5%. Cerita ni dah keluar kat blog http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.