..

..

TERKINI ! TUN M RAMAL MUHKRIZ KALAH NAIB PRESIDEN ATAU TARIK SIMPATI ??

on Friday, October 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments




Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) kelihatan tidak yakin dengan peluang anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan naib presiden Umno esok dengan mengatakan peluang Menteri Besar Kedah itu sekadar 50% kerana tidak menjadi calon pilihan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mukhriz adalah calon yang ingin membawa perubahan kepada Umno tetapi malangnya terdapat pemimpin sedia ada enggan menerima perubahan itu.


"Mukhriz bertanding jawatan naib presiden ketika berumur 49 tahun dan ramai menganggap dirinya masih muda.

"Namun saya tidak melihat faktor itu kerana pemimpin terdahulu Umno telah biasa ditonjolkan dengan kepimpinan di masa usia muda antaranya Tun Abdul Razak.

"Semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu pun saya membariskan pemimpin muda untuk menjadi Menteri Besar, antaranya Tan Sri Isa Samad yang menjawat jawatan itu ketika usia dalam lingkungan 30an," kata Dr Mahathir dalam majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini. 
- tmi 





Komen GPB -  Kata-kata Tun M sebenarnya bukan nak anaknya kalah tapi satu sebenarnya  strategi untuk menarik simpati perwakilan .


10 Responses

  1. Better Mukhriz than KJ...

  2. Labu8455 says:

    Apa yang Tun katakan itu adalah benar dan pasti akan berlaku besok kerana kotornya politik sesetengah pemimpin UMNO.

  3. Anonymous says:

    Sememangnya jika mengikut akan kebolehan atau pengalaman , Mukhriz ketinggalan bergitu jauh dari calon2 yang menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden. Namun kerana ketamakan Tun untuk mengawal politik UMNO dan kerajaan maka Mukhriz terpaksa untuk bersaing dalam pemilihan. Tun merasakan bahawa Tun mempunyai pengaruh yang luar biasa dalam UMNO untuk memenangkan Mukhriz. Tun mempunyai rencana yang besar dalam halatuju UMNO jika Mukhriz dapat dipilih kejawatan Naib Presiden. Tun seharusnya beringat , bahawa Tun mungkin boleh merancang namun ALLAH SWT sahaja yang dapat menentukan. Secara peribadi saya melihat Tun sebagai seorang manusia yang amat rakus untuk terus berkuasa dalam politik negara serta menguasai ekonomi. Ingatlah Tun...umur semakin tua dan kudrat semakin kurang. Cukuplah apa yang Tun telah lakukan untuk negara. Terima kasih. Kini biarlah orang lain yang menentukan nasib anak bangsanya. Jangan la menjadi duri dalam daging kepada UMNO. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya tidak mengenali Tun dan tidak tahu akan pengorbanan Tun pada negara dan bangsa. Namun saya mempunyai pendirian saya tersendiri dalam menilai pemimpin. Tun sememangnya bercita cita untuk menguasai akan syarikat2 milik kerajaan seperti PETRONAS , TELEKOM dan MAS. Kenapa saya berkata bergitu....mudah saja....Tun telah pun memiliki ESSO melalui penguasaan anak TUN. Kini ESSO dikenali sebagai PETRON. Untuk TELEKOM Tun akan mengunakan syarikat budak suruhan Tun bernama Ananda dan MAS dengan seorang lagi anak didik Tun, Tony Fernendez. 1 lagi idaman Tun ialah dengan menguasai MAYBANK. Ini akan Tun serahkan kepada rakan karib Tunyang bernama Daim. Saya tidak mempunyai bukti atas dakwaan ini, namun naluri saya mengatakan yang demikian.

  4. Anonymous says:

    BERILAH PELUANG KEPADA MUHKRIZ UNTU MEMBAWA PERUBAHAN DALAM UMNO, CALON YANG BANYAK RASUAH DAN KRONI TU TURUN LA, ASYIK KAYAKAN KRONI DAN ADIK-BERADIKNYA SAJA.TAKKAN ADIK HANYA CIKGU KAYA BUKAN MAIN

  5. Anonymous says:

    Transformasi hanya sekadar ungkapan... tetapi realiti nya belum bersedia utk dilaksanakan... Adakah pemilihan umno kali ini benar2 telus dan bersih??? siapa pemimpin tertinggi umno yg berani mengatakan pemilihan kali ini bebas drpd politik wang samada di peringkat cawangan, bahagian atau pusat..???

  6. Anonymous October 18, 2013 at 9:40 PM
    Jgn menuduh dan fitnah tanpa bukti... jika hang ada fakta yang jelas, sila papar saja di blog-blog... pastikan bukti itu adalah sahih... bukan dengaq2 saja... Setakat pendirian dan naluri hang, adalah lebih baik ambik air sembahyang lepas tu solat.Mohon kepada Allah SWT, Tuhan yg menguasai 7 petala langit, 7 petala bumi moga diberi pentunjukkan atas kebenaran kata2 yg di keluar...

  7. Anonymous says:

    Ano 9:40pm jangan sedap cakap dan lempar statement yang tidak berasas. Cara lemparan serupa red bean army. Get your facts right. If you don't have anything good to say, just shut-up. Fitnah tu berdosa besar.

  8. Anonymous says:

    Lebih baik pilih orang yang memperjuangkan Melayu dan agama dari orang yang berkorban untuk "puak kadok naik junjung" yang terbukti menggunting dalam lipatan dan telah nyata akan khianatnya. Memilih pemimpin yang lemah akan membawa rebah kepada semua. Jadi beringat-ingatlah sementara kita masih ada kuasa, sementara semua masih ada dalam genggaman kita. Esok kalau dah jatuh jangan harap nak dapat balik semua yang hilang.

    Yang penting pemilihan UMNO bukan untuk orang UMNO tapi untuk rakyat dan untuk PRU14 nanti. Jadi pilihlah dengan akal.

  9. Anonymous says:

    Pemilihan Naib presiden kali ini adalah kayu ukur kematangan ahli2 UMNO. Keputusan pemilihan boleh memberi kesan terhadap keyakinan orang melayu bukan UMNO yang mengundi BN dalam PRU13 dahulu. Perlu ingat mereka inilah yang menentukan kemenangan BN. Kena ada muka baru yang boleh memberikan perubahan mengikut kehendak pengundi muda. Zahid dah buktikan dengan cara dia kendalikan KDN, Shafie Afdal perlu bagi mengikat undi dari Sabah/Sarawak, Hishamudin telah diberi peluang tetapi tidak berkesan dan dia tidak tegas. Ali Rustam dan Isa Samad sudah tidak relevant lagi bagi kerusi peringkat tertinggi dan cukup2 lah. Hanya Mukriz yang sesuai untuk mengisi slot ke 3. Patutnya Najib tidak campur tangan walaupun Hisham sepupu dia kerana ini melibatkan masa depan negara dan orang melayu. Jangan bagi orang melayu bukan UMNO MUAK!!

  10. Anonymous says:

    Betul Mukriz lebih baik dari KJ. Tengok saja siapa "inner circle" mereka !!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.