..

..

TERKINI ! NAMA ARWAH AZIZAN AKAN TERUS DIJAJA PAS DEMI PERTAHAN #PRKSgLimau

on Thursday, October 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau beginilah cara kempen PAS yang menggunakan  modal pengaruh Arwah Ustaz Azizan untuk menang , bermakna calon mereka Mohd Azam  tak ada apa-apa kelebihan & kekuatan .

Sebelum ini tak pernah pun kita dengar dalam beberapa PRK , taktik menjaja nama  bekas wakil rakyat yang telah meninggak dunia seperti PAS ini di Sg Limau .

Apakah PAS semakin terdesak & tertekan hingga terpaksa guna modal ini ??

Dulu masa arwah masih hidup , macam-macam taktik kotor dibuat untuk menjatuhkannya . Sekarang bila terdesak nak menang , guna pulak nama dia .haha... PAS ni apa dia kira  sebab sudah termakan ajaran politik menghalalkan cara.



PAS yakin pengaruh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mampu memberi kelebihan kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kecil DUN tersebut 4 November depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan calon yang juga bekas 'anak didik politik' kepada Azizan merupakan bonus kepada mereka selain faktor calon itu sendiri yang dikatakan rapat dengan pengundi muda.

"Beliau sangat berpengaruh di kalangan pengundi-pengundi muda. Ini sangat membantu kerana kita tahu ramai pengundi muda akan mengundi pada pilihan raya ini.

"Selain itu memandangkan beliau bertugas dengan Tan Sri Azizan, maka kita yakin pimpinan akar umbi akan terus bersama beliau.... jadi kita bertolak dan bersandar dengan kekuatan itu," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi di sini, Rabu.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Azam Samat dan wakil Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Mengulas lanjut Abdul Hadi merayu agar pengundi di DUN Sungai Limau terus memberi kepercayaan kepada PAS untuk mewakili mereka di DUN Kedah.

"Kita percaya mereka yang memberi undi kepada Azizan pada PRU-13 akan mengundi kita lagi... harapannya begitu," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.