..

..

TERKINI ! AYAH JAMIL KHIR DOA CALON PAS SATU PEMBOHONGAN KEPADA PENGUNDI #PRKSungaiLimau

on Sunday, October 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


'  Politik menghalalkan Cara ".  Itu lah parti hamPAS.

Punya terdesak nak menang , sanggup menipu & berbohong kepada rakyat khususnya pengundi Sg Limau .

Sebelum ini  depa kata Calon PAS ada hubungan keluarga dengan keluarga Arwah TS Azizan , kini  tuduh pulak bapak Jamil Khir yang juga ahli PAS telah mendoakan calon mereka menang di PRK Sg Limau .


Kalau begini lah cara kotor dengam menipu pengundi Sg Limau , sewajarnya PAS patut ditolak langsung pada 4 hb ini . Ikuti pengakuan  Bapak Jamil Khir tentang tuduhan fitnah ini





Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

 Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

 “Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom. Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.

 Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan, apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu, calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.

 Katanya lagi, calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat. Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS, beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah. Ini kerana bagi Pak Ngah, mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.

“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”

 Adat melawat orang sakit, penulis, jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.