..

..

TAK CUKUP SERANG CALON KP PERMATANG PAUH , DISERANG KELUARGANYA PULAK #PEMILIHANUMNO

on Friday, October 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tak kena rasanya dalam kesibukan pemilihan UMNO  untuk  Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO serentak seluruh negara  esok   GPB tidak menceritakan mengenai pemilihan di Bahagian sendiri iaitu Permatang Pauh .

Calon pilihan GPB untuk Ketua Pemuuda  UMNO Permatang  Pauh adalah Sdr Abu Bakar Sidek atau lebih dikenali Ben .  Beliau mendapat sokongan kuat daripada  Ketua Pemuda sekarang iaitu Cikgu Zaidi Mohd Said  bagi mengambilalih tugasnya nanti .

Alhamdulillah GPB sendiri telah berjumpa & mendengar sendiri Visi & Misi yang mahu dibawa beliau jika dipilih sebagai KP. Masalah orang muda seperti tiada pekerjaan tetap , peluang menjadi usahawan , & pendidikan merupakan agenda utama.

Selain itu , bagi memantapkan barisan jawatakuasa Pemuda Bahagian  ,  pemimpin muda  dari latar belakang bidang agama & intelektual /profesional  akan dilantik  .

Tetapi ketika kempen yang akan berakhir malam ini , Ben  telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan .Tak cukup serang dirinya , kini ahli keluarganya  pulak menjadi bahan kempen .

 Semua orang Permatang Pauh tahu  beliau adalah anak kepada Pak Non @ Non Cabai . Pak Non pernah suatu ketika telah tersilap  memilih  bersama Anwar Ibrahim dan gambar itu  kini  disebarkan oleh pihak lawan anaknya ini bagi menghasut perwakilan agar jangan memilihnya .



GPB hairan sekali mengapa dalam kempen pihak sebelah sana itu  menyerang  ahli keluarga Ben .  Mengapa tak jual sahaja apa sahaja kamu nak bawa dalam Pemuda di Permatang Pauh  ?

Untuk pengetahuan semua , Pak Non sendiri telah mengakui kesilapanya yang lepas & kini beliau telah  menyokong kembali perjuangan UMNO . Beliau berharap kesilapannya dulu  jangan dilibatkan anaknya yang ingin bertanding KP Permatang Pauh.

Sokongan kuat Pak Non kepada UMNO dibuktikan dengan sokongan padunya semasa PRU13 di Permatang Pauh di mana beliau antara orang kuat berkempen Calon BN Dun Sbrg Jaya Dato Mohd Nasir Abdullah .

Jadi,  kepada perwakilan Permatang Pauh .. anda nilaikan lah sendiri cara puak sebelah sana berkempen   . Tunjukkan kemampuan anda bukannya taktik kotor seperti ini serang keluarga .





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.