..

..

PEMIMPIN PKR BERANG GUAN ENG SUDAH KETERLALUAN BILA UGUT ROS !!

on Friday, October 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengugut akan mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah sekiranya parti itu terus didesak dalam isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hanya akan mencalarkan imej parti berkenaan.
Setiausaha Kerja Angkatan Muda Parti Pakatan Rakyat (PKR) Kedah, Azhar Ramlee berkata, Guan Eng sepatutnya menutup mulut dan tidak membuat sebarang kenyataan secara terbuka berhubung konflik yang melanda parti itu.
Katanya, tindakan tersebut juga tidak wajar memandangkan ROS merupakan jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
“Apa yang disuarakan oleh Guan Eng agak menyedihkan kerana sedikit sebanyak mencalarkan imej pakatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Guan Eng pada Kongres Ke-16 DAP minggu lalu yang memberi amaran kepada ROS bahawa parti itu bersedia membawa isu membabitkan pemilihan CEC ke mahkamah jika terus didesak.
Tambah Azhar, Guan Eng sepatutnya memberi tumpuan kepada lawannya iaitu Barisan Nasional (BN) dan bukannya mempersoalkan tindakan ROS.
“Saya beranggap kenyataan beliau agak keterlaluan lebih-lebih lagi sebagai seorang yang berjawatan Ketua Menteri,” jelasnya.
Katanya, sikap Guan Eng yang sering menimbulkan kekecohan merupakan antara punca pakatan pembangkang kurang mendapat sokongan daripada orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
“Hormati ROS jika mahu DAP dihormati dan hentikan campur tangan dalam parti rakan tetapi perbaiki parti sendiri iaitu DAP.
“Guan Eng perlu sedar, sebelum ini Pas hilang sokongan undi Melayu ekoran beliau pernah membangkitkan isu kalimah Allah,” katanya – Utusan


One Response

  1. Anonymous says:

    Yang berang pemimpin PKR Melayu saja, pemimpin bangsa lain mana ada berang... malahan mereka amat berbangga dengan LGE. Pemimpin PKR bangsa lain adalah merupakan penyokong dan pendokong DAP dan hanya mempergunakan PKR untuk agenda DAP yang lebih besar. Sesungguhnya mereka begitu gembira dengan kebagangan Melayu dalam PKR. Baik hangpa orang Melayu Islam PKR yang menolak UMNO/BN masuk saja PAS supaya PAS lebih kuat. Saya penyokong UMNO tetapi saya tidak memusuhi PAS... jika UMNO tak menang, biarlah PAS yang menang asalkan Melayu Islam terus menerajui negara kita yang tercinta ini. Ia agak Racist, tapi demi agama, bangsa dan negara... sikap racist itulah yang akan mengelakkan negara ini dari kewujudan sebuah lagi negara Singapura di dunia ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.